Thursday, October 19, 2006

Hari yang amat menduga

Hari ni, ada rehearsal untuk deepa raya. Budak2 dah ada. Yang takda..cikgu2. Ramai jugak cikgu takde. Mana yang ada Science practical. Mana yang kena gi tempat2 lain. Tu aku tak kisah. Tapi..yang paling aku kisah ialah...korang nya kejer mesti buat dulu lah. Ni tak buat kejer yang ditugaskan...korang hilaaaang je. Kalau korang tak bekerjasama camni....jangan buat lain kali konsert ni. Aku pun tak nak lah ni konsert. Tapi dah dipaksakan. Korang tahu komplen je..depan dia mulut senyap. MACAM BAGUS!! Kalau tak nak..lain kali cakap je tak nak. Ni kalau 2 orang je ckp tak nak...camna. Sudahlah korang....

Jadi, tadi punya rehearsal...mcm bukan rehearsal lah. Lebih kepada latihan ajer. Semua lom habis. Aku faham...pasal kita sibuk seh. Mana nak peperiksaan. Buat semakan. Buat pemarkahan. Mcm2 lah nak buat. Kita mmg banyak kejer. Tu aku tak dpt nafikan. Tapi buatlah seberapa boleh. Jangan tak buat langsung kan. Tapi korang patut syukur, korang sibuk buat kejer pasal dah mmg tugas korang. Yang dua orang kat sini ni, sibuk buat keje untuk orang tau!!

Tadi pun datang, stakat buat satu item je...lepas tu balik. Wah mcm STAR pulak korang eh. Tak ada dtg tanya apa lagi yang perlu dibuat. Tak hulurkan bantuan untuk kita dua ni. Aku tahu ada yg komplen. Ckp yang buat apa korang buat ni...ini patut dept kita je buat. Korng tak nampak ke kita ni braper orang. Habis perayaan ni untuk orang Islam kan..korang orang apa?? Tolong pun takleh ke.

Orang berdua yang hanya minoriti di skolah ni pun lebih rajin daripada korang. Yang lagik satu lebih rajin ah. Dia salalu datang kat kita, berikan update. Nyatakan masalah dan sebagainya. Bagus dia. Korang buat apa?? Tahu komplen je. Tak pernah ke korang tgk insan berdua yang lebih malam daripada korang ni.

Aku fed up jugak tadi. Budak2 pompuan ni dah tak tahu menari. Pasal kesian aku ajar. Dorang basic pun takde seh...lepas tu korang nak harapkan apa...dalam berapa hari dorang jadi terror kappa??!! Korang patut tawarkanlah orang2 yang lebih baik. Eh! Aku pun tak sepatutnya buat ni. Patut dorang dah tahu dah joget. Den korang kutuk2 dorang asal. Aku nya matlamat, asalkan ada item sudah. Lawa tak lawa tu pasal ah pasal mmg dorang tak mahir. Nasib baiklah murid lagi satu sanggup tolong. Terima kasih.

Yang satu ni pulak, dah pandai main hilang2. Maklumlah, di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Kau nak..ckp betul2...jangan nak bohong2. Mungkin kita leh faham. Tapi ni, dah lah datang lenggang kangkung. Pergi nak bohong.

Aku ucapkan terima kasih kepada yang bertiga kerana membantu yang berdua ni untuk 2 hari lepas. Aku tahu korang sibuk. Ada yang kena moderation hari tu jugak. Kesian. Dapat pulak dia tolong. Yang lain...yang patut sudah diberikan tugas..MANA KORANG?
So tolong lah eh...sebelum korang bukak mulut...

Aku akhiri dengan satu versa lagu setelah selesainya rehearsal pertama:

Akhirnya kini pasti
Kita berdua yang buat kerja
Yang lain hilang-hilang sahaja
Akhirnya kita buat kerja mereka!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home