Friday, February 18, 2005

Hari terakhir di sekolah

Hari ini merupakan hari terakhir di NIE. Rasa sebak dan pilu terkandung di jiwa. Apabila Cikgu Saeda mendakapku selepas pertemuan kami...aku cuba menahan sebak dan tangis kerana terlihat air mata yang tergenang di mata cikgu. Sedih sungguh. Hari ini aku dan teman-teman mengadakan sesi bergambar lagi sebelum ke Banquet untuk makan malam bersama. Selepas itu, kami membeli-belah seketika. Kemudian Lat, Za, Hanim dan aku menaiki teksi pulang. Di dalam teksi Za menunjukkan sms yang Cikgu Saeda hantarkan kepadanya...aduh...sedih sungguh. Aku cuba sedaya upaya menahan tangisan ini.

Setibanya di rumah, Andy menelefonku. Masa aku menceritakan aktiviti seharian kami, dengan tidak sengaja aku menangis. Aku betul-betul tidak dapat menahan kesedihan lagi. Perpisahan tidak semestinya suatu titik noktah. Ia merupakan permulaan suatu persahabatan yang akan berkekalan hingga diizin Tuhan. Walaupun rindu di hati susah diubati...namun...kenangan bersama tetap tersemat di jiwa.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home