Friday, March 03, 2006

Sedih...pilu...simpati

Salah seorang pelajar aku berada di ICU. Kedua-dua buah pinggangnya sudah tidak berfungsi lagi kerana ada jangkitan kuman. Hiba rasanya hati bila aku dapat tahu. Aku ngan M pergilah ke NUH untuk melawatnya. Aduh! Melihat dirinya yang dicucuk sana sini, sebak rasanya di hati. Dia menggigil dengan kuatnya...asyik merengek2 kesakitan. Dia yang aku kenali sebagai orang yang aktif walaupun badan gempal sekarang layu terkulai, terlantar di atas katil hospital.

Aku doakan agar dia cepat sembuh. Agar dia dapat menikmati alam persekolahan semula. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home