Wednesday, April 05, 2006

Mimpi...hanya mainan tidur?

Tadi pagi aku bangun daripada tidur, tersenyum simpul dan ketawa kecil. Manakan tidak. Teringatkan mimpiku malam semalam.

Di dalam mimpi tersebut, aku sedang berada di klinik kerana telah membuat suatu ujian. Apabila surat keputusan ujian tersebut berada di dalam genggaman, alangkah terperanjatnya aku. Aku dapat tahu yang aku ini berbadan dua. Aku pun memberitahu suamiku dan dia pun rasa amat bahagia.

Tiba-tiba mimpi itu henti di situ sahaja.

Apakah itu hanya sebuah mimpi mainan tidur....ataupun??

Walaubagaimanapun, mimpi atau tidak...ia tetap menggelikan hatiku.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home