Tuesday, October 24, 2006

1 Syawal

Aku dijemput matahari yang samar-samar menyinari di celah-celah tingkap. 1 Syawal, sudahpun bermula. Aku bingkas bangun dari katil yang empuk lalu dengan malasnya mencapai tuala. Semalam, aku telah pergi ke bazaar Geylang, jadi bangun pun terlewat sedikit.

Tiba-tiba, aku digamit perasaan hiba. Kekosongan menerkam dengan mendadak. Rindu. Aku rindu pada keluarga yang walaupun tidak berapa jauh di mata, tapi jauh sungguh ku rasakan di hati.

Hati yang sayu disambut oleh belaian kasih suamiku. Kesayuan luput dengan tetiba. Kegembiraan dan kesyukuran mula berputik. Syawal ini merupakan yang penuh bermakna kerana inilah kali pertama aku menyambutnya dengan suami tersayang. 9 tahun menanti, akhirnya tercapai jua hajat kami berdua. Syukur aku kepada Illahi kerana telah menyatukan kami setelah melalui banyak pancaroba bersama.

Setelah bersiap, aku menyalam suamiku untuk meminta maaf. Setelah bergambar, kami pun ke rumah ibuku.

Aku tak tahu kenapa tetapa Syawal itu terasa sangat syahdu. Lebih 15 tahun aku tak dapat merasakan belaian kasih sayang dari ibuku. Selama itu aku memikirkan bahawa beliau tidak menyayangiku. Selama itu aku rasa terpinggir. Tapi hari ini...hari ini semuanya berubah.

Buat pertama kalinya, aku merasakan belaian itu. Buat pertama kalinya...beliau mengusap pipiku dan buat pertama kalinya aku dapat membaca hatinya. Ungkapan maaf yang keluar dari mulutku penuh bermakna...dan buat pertama kalinya aku merasakan keikhlasan dalam ungkapan maaf dari ibu. Sayu hatiku.

Sekarang aku tahu. Sekarang ibu pun tahu.

Tidak dapat aku lupakan 1 Syawal ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home