Monday, February 21, 2005

Hari pertama praktikum

Hari pertama praktikum berjalan lancar. Program induksinya baik dan amat berguna skali untuk guru baru yang macam aku ni. Sebenarnya tak gementar sangatlah..pasal tu skolah lama aku. Aku pernah ajar skolah tu pada tahun 2000. Skrg budak2 lama pun takder...slamat lah...hehehe. Ramai juga cikgu yang masihku kenal. Ada muka2 baru. Keadaan skolah baik2 belaka. Budayanya pun baik. Makin cantik lah skolah ni....akan tetapi..jeng jeng jeng.....

>>>kelas bahasa melayunya masih blom ada projektor. Macamana nak gunakan IT!!!! Nampak2nya kenalah aku gunakan bilik IT khas kalau Supervisor aku datang. Tapi camna eh....bilik2 tu slalu sudah diambil guru2 subjek lain. Dah beritahu CT2 ku...mereka akan cuba membantu.

Tu sahaja lah yang berlaku buat hari ni. Esok aku dah start masuk kelas CT2 aku untuk perhatikan cara mereka mengajar. Minggu depan baru aku mula mengajar. Aku adalah dapat 2 kelas yang dikatakan agak nakal iaitu 4NA dan 2NT....harap2 takder lah seteruk mana.

K aku nak relak ah....lapar pun ada...sehingga ketemu lagi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home