Thursday, October 06, 2005

Sesungguhnya aku berpuasa....

Aku dah lah penat. Semalam kertas ujian Melayu ada masalah. Untuk kelas 1N, mereka tak kepilkan kertas soalan dengan kulit mukanya. Dah aku ngan Mis kena buat sendiri. Nasib baik bilangan pelajar tu takder lah ramai sangat.

Lepas tu hari ni, walaupun bukan salah aku, tapi mungkin aku boleh dipersalahkan. Aku patut kena masuk kelas 1T1 pada pukul 12-12.20 untuk memantau kelas mereka sewaktu peperiksaan ART. Bila aku masuk..budak2 dah balik!! Terkejut aku. Lepas tu ada yang kata..yelah..cikgu letak situ 10.20-12 apa. Terkejut seh. Padahal aku letak 10.20-12.20. Rupa2nya guru yang memantau kelas tu sebelum aku pandai2 tukar masanya. Dia kata, budak2 dah bosan duduk lama sangat. Lagupun mereka dah habis. Eh eh...biarlah..yang kena memantau aku per.

Lepas tu aku rasa dier tak kumpulkan kertas ujian tu satu persatu daripada murid2. Murid2 yang hantar kat dier. Apa jadik?!!! Ada 2 kertas ujian HILANG!!! Dan sepatutnya dier tak boleh lepaskan bebudak itu sebelum semua kertas ujian sudah dikira betul. Aku punya lah bingit! Pasal aku yang patut bertanggungjawab dalam mengumpulkan kertas2 tu.

Cari punya cari...tak jumpa2. Tong sampah sumer cari. Jumpa satu kat tong sampah. Budak tu buang. Lagik satu, aku telefon rumah dier tanya mana. Dia cakap dier buang pasal dah terkena air. Kepala otak lah. Dier cakap dier dah beritahu cikgu tu tapi dier buat bodoh jer. Alamak...lagik bingit lah aku.

Memang ah dua2 budak ni badigol samdol...tapi sebagai pemantau, kita patut bertanggungjawab untuk memastikan kesemua kertas ujian dihantar. Punyalah pemalas sikap dia.....alamak...nanti dier yang salah..aku yang dipersalahkan pasal aku yang patut kumpulkan tu kertas ujian.

Nasib baik lah Mis tadi pun ada turun tolong. Kalau tak..mesti aku dah hilang kesabaran. Dah aku marah agaknya cikgu tu. Geram seh. Nak buat kejer senang, tapi akhirnya susahkan org.

Aku ngan Mis adukan perkara ini kat Nuraini. Yelah, takut nanti aku yang kena. Maklumlah, memanglah kerjaya guru ni satu kerjaya mulia, tapi perangai sesetengah guru dah seumpama pencuri dan penyangak. Mana yang tikam belakang, mana yang nak makan rakan seperjuangan sendiri....ingatkan kerja sebagai guru ni senang sikit. Rupanya teruk jugak.

Aku betul2 tak suka dengan kerjaya ni pasal ni lah. Mana nak kena membodek, nak kena makan kawan, nak kena ada lawan, dan macam2 lagik. Patutnya sebagai seorang guru, objektif hanya satu sahaja...untuk membentuk insan yang berilmu dan berhemah tinggi agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat. Dan dengan itu, tugas aku adalah, untuk mengaja dengan baik. Bodek membodek tak main ah beb. Aku bukan camtu. Kalau sampai kau nak kacau periuk nasi aku pasal aku tak bodek, boleh blah lah.

Aku rasa lepas 3 tahun ni, aku nak jadi bos sendiri lah. Tak suka aku kerja membodek. Dah macam zaman feudal lakz nak bodek2. Yang untung saper....org atasan..bukan orang macam kiter!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home