Sunday, September 25, 2005

Kenapa???

AKu memang slalu ada masalah kalau masa2 camni. Masalah tak dpt mengawal emosi. Tapi selalunya...ia tidaklah seteruk sekarang. AKu rasa...sejak2 aku dah mula mengajar ni...aku sukar mengawal emosi aku. Kadang2 marah..kadang2 sedih dan menangis...sigh.

Aku bersyukur yang aku ada si dia di sisi setiap kali ku memerlukan. Tapi kadangkala...aku rasa aku ni seumpama beban kepadanya. Dan kadang2 tu dia akan beritahu yg aku ni menyusahkannya. Dan masa2 itulah aku rasa kesepian..keseorangan. Kadangkala tu...aku akan diam seribu bahasa agar tidak menyusahkan dirinya. Apa yg kurasa aku simpan dalam hatiku. Biarlah ia membebankan aku sahaja.

Kawanku pun ada melaluinya. Dia mengatakan yang dia mula jadi begini sejak mengajar. Dan ia jadi sungguh tidak terkawal sehingga harus berjumpa doktor. Aku pun ada fikir yang aku hendak jumpa doktor. Entahlah. Si dia pun jarang memahami aku. Kalau aku menangis, dia akan sibuk tertanya-tanya. Dan kalau aku diam...dia akan jadi marah. Dia tak akan faham. Ke dia tak mahu faham? Entahlah. AKu sendiri pun tak tahu mengapa aku menangis..camna nak jelaskan....?!!

Aku harap yang aku dapat menangani masalah ini...sendiri atau dengan bantuan org yg ku cinta.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home