Wednesday, September 14, 2005

Tanpa dirimu...

Hari ni kelas 3N berjalan lancar. Mungkin kerana Nuraini ada di dalam. Hari pertama tanpa muridku yang satu ni. Panjang ceritanya...kalau dipendekkan...aku ngan dier dah tak serasi lagi akibat masalah2 tertentu. Pelajar2 lain takder rasa kehilangan kecuali yang satu ni. Dia tak habis2 meminta aku mengambil si dikni semula. Tapi aku tidak akan berganjak. Lagipun, ini juga atas kehendak diri si dikni. Alah! Lagi 3 minggu sahaja.

Pukul 3 ptg baru aku pulang. Dah lambat pergi tusyen. Dapat ajar 1 jam sahaja kerana dia ada kelas mengaji pada pukul 5. Penat betul lah nak ajar tusyen ni. Kalau seminggu sekali tidak mengapa...ni 2 kali seminggu. Pada awalnya aku hendak berikan tugasan ini kepada Azriana, tetapi ibu pelajar ni tidak mahu adakan tusyen untuk anaknya. Kemudian pada cuti sekolah minggu lalu dia minta balik pula. Masa tu dah tidak boleh berikan kepada Az lah...kerana dia akan berangkat ke Thailand. Terpaksa lah aku ambil.

Lepas pulang ke rumah...terus tidur. Baru tersedar sekarang!!! Nasib baik semua persiapan sudah dibuat. Cuma perlu menyemak tugasan pelajar sahaja. Si dia ni pun tidur belum bangun2. Katanya nak ajar keluar makan...aku dah kelaparan habis ni pasal ibuku tidak masak dan tadi hendak beli makan tidak bawa beg duit pula. Nampaknya...setakat alas perut dengan Yakult aku sahajalah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home