Monday, February 27, 2006

Lagi berapa minggu lagi!!

Sekarang..dalam bilik mencetak kad jemputan dan semak tugasan bebudak.

Kaki dah naik sengal, badan dah sakit-sakit kerana duduk lama sangat. Yelah..lagi berapa minggu lagi. Kad lom habis dicetak. Orang dah bising2.

Maklumlah, kad cetak sendiri beb.

Sekarang dah kasi mak aku 100 dah kasi mak mertua aku 100. Ni dah siap lagik 100. Ada lagik 300 kad nak kena cetak. Kalau 1 hari 100...leh lah kasi habis dalam 3 hari ni. Insya Allah. Kesian alat pencetak aku ni...kena kejer overtime.

Aduh..skrg nak masuk kul 1 pagi. Aku nak semak tugasan lagi. Boleh lah...sementara tunggu habis cetak...sambil2 semak. Kalau boleh tak nak semak...tugasan yang merepek meraban ni. Takper2...mesti terus berjuang!!!

Friday, February 24, 2006

Terima kasih!!


Suamiku buatkan gang aku logo....hehehehe

Wednesday, February 01, 2006

Lama dah

Hmmm...sudah lama aku tidak menggunakan blog ini. Maklumlah, skarang dah sibuk. Mana nak jadi isteri, nak jadi makcik, nak jadi anak dan nak jadi guru. Macam2 nak kena buat.

Ni aku dapat tulis blog pun pasal aku MC hari ni. Biasalah tu sakitnya.

Buat masa sekarang, aku sibuk buat persiapan untuk persandingan aku. AKu pun sibuk siapkan rumah baru aku. Aku pun sibuk dengan Chingay. BUkan aku yang mengambil bahagian, tetapi pelajar2 aku yang main Drums.

Kena lah pelan2 kayuh macam ni. Kalau tak..leh jadi gila.

Setakat ini dahulu, aku nak kena buat kerja sekolah ni.