Tuesday, April 15, 2008

Puisi Hati

Kasih yang diberi
Bagai embun di hujung rumput
Bagai daun yang dapat dilayangkan
Getah jatuh ke perdu jua
Bagai garam jatuh ke air
Sia-sia sahaja

Kerna ia tidak bermakna
Ia penuh bermuka-muka
Topeng-topeng berhias
Penuh di sini sana

Akhirnya
Hati ini terluka acapkali
Dirobek-robek
Dicarik-carik
Hanya Tuhan yang Maha Mengetahui
Betapa pedihnya hati ini
Aku dikhianati lagi

0 Comments:

Post a Comment

<< Home