Tuesday, May 02, 2006

Susah hati...

Sejak permulaan tahun ini...aku banyak menangani masalah pelajar2 lebih2 lagi disiplin. Mungkin pasal aku dah jadi form teacher skrg.

Namun, dalam banyak2 masalah yang aku dengar dan tangani, masalah ini yang paling berat sekali. Seorang daripada pelajarku memberitahuku mengenai satu masalahnya yang amatlah berat. Aku dinasihati suamiku untuk berbincang dengan guru lain tetapi pelajar tersebut tidak membenarkannya kerana dia dan keluarga bercadang tidak mahu memberitahu pihak sekolah buat sementara waktu. Aduh! Gelisah aku dibuatnya.

Akan ku lihat apa yang akan terjadi. Kasihan betul aku fikirkan masalah pelajarku ini. Moga-moga mereka dapat menemui jalan keluar. Yang penting, mesti minta petunjuk dari Yang Esa.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home