Saturday, July 15, 2006

Kekecewaan

Kekecewaan menghantui diri
Melihat anak-anak setahun jagung
Menggadaikan maruah diri
Menggadaikan maruah bangsa
Menggadaikan maruah agama

Sampai bila kamu harus menuding jari
Terhadap mereka yang
Menanam benih
Menyemai kasih
Terhadap mereka yang
Membesarkan
Mendidik
Membimbing!!!

Tidakkah kamu nampak
Air mata darah yang mengalir
Daripada mata seorang ibu
Yang membawamu selama 9 bulan?

Tidakkah kamu dengar
Rintihan seorang ayah
Yang bertungkus lumus mencari sesuap nasi
Untuk dirimu?

Tidakkah kamu rasakan
Kehancuran hati seorang guru
Melihat dirimu terus alpa dan hanyut
Melihat dirimu terus bergelumang dengan dosa?

Kekecewaan jelas tertera di wajah mereka
Namun...
Kamu tidak mengendahkannya


~Isnani Ali~
140706
Jelapang Road
**Kutujukan puisi ini kepada pelajar-pelajarku. Semoga suatu hari nanti, Tuhan akan menimbulkan kesedaran ke atas dirimu**

Wednesday, July 05, 2006

Aku insan yang kerdil

Air mata masih belum kering lagi
Dada masih terus sebak
Jiwa masih terus meraung
Hatiku masih terus sakit
Bagaikan dihunus belati tajam

Aku bersuara
Namun suaraku tidak kedengaran
Aku meneriak
Namun orang memekakkan telinga
Aku meraung
Namun ia sia-sia belaka

Aku hanya insan yang kerdil
Mudah dipijak mudah diinjak
Hati dan perasaan mudah ditindas
Kerana...
Aku hanya insan yang kerdil