Monday, September 25, 2006

Yay! Puisi pelajarku masuk Berita Harian!!!

Hari ni penat sungguh. Pinggang sakit sgt. Sibuk habis. Yelah, nak dekat peperiksaan. Nanti lepas sekolah ada kelas tambahan lagi.

Tadi aku cubalah tgk lelaman cyBerita. Suka aku bila terlihat karya pelajarku ada di dalam. Yelah...manakan tidak. Aku yang hantar. Nak berikan sedikit motivasi dan exposure.

Bangga aku dengan para pelajar aku yang berpotensi ni. Aku harap satu hari nanti, dengan dorongan yang aku beri, mereka dapat menyumbangkan hasil pena mereka ni. Mana tahu jadi sasterawan ke..hehehe.

Ok lah..aku nak balik. Nak gi buka rumah mak. Mak masak Mee Batawi beb. Chow!

RINTIHAN SI ORANG TUA
Seorang tua duduk mengelamun
Sedih, pilu...
terpancar di wajahnya yang dimamah usia

Air jernih bak mutiara
jatuh berguguran tanpa disedarinya
betapa hancur hatinya mengenangkan
nasib malang yang menimpa

Manakah pergi anak-anak?
yang dijaga dan dibelai
dengan penuh kasih dan sayang
bagai menatang minyak yang penuh

Apakah salah ibu yang mengandung?
sanggup membiarkan ibu
kini tinggal bersendirian
kekecewaan penuh
tanpa peduli makan
tanpa menghirau minum
atau sakitnya

Alangkah zalimnya wahai mereka
yang bergelar anak
seorang tua sungguh malang
dibuang jauh-jauh
oleh anak-anak yang derhaka
tinggal sendirian sebatang kara

Hanya menunggu masa
meninggalkan dunia ini
untuk pulang ke tempat asalnya
buat selama-lamanya

Nurul Nadiah Abdul Rahim,
Sekolah Menengah Zhenghua.

Thursday, September 21, 2006

Satu video kental

Tuesday, September 05, 2006

Meraikan hari jadi Tutz dan Latz

Karaoke di tempat biasa untuk BBG. Kemudian ke Far East Plaza untuk makan di Sakura. Selepas itu, duduk di depan Paragon untuk upacara memotong kek dan memberikan hadiah.
Kepada Tutz & Latz, Selamat Hari Jadi yang ke 24, walaupun advance lah. Semoga suka dengan hadiah2 yang diberikan. Bukan takder idea nak bagi apa, tapi nak adakan kelainan.

Di Cash Studio

Di Sakura, Far East Plaza

Upacara memotong kek

Kad Latz

Kad Tutz

Present2...

Sunday, September 03, 2006

Akulturasi @ NUS UCC








NUS Ilsa Tari dan Teater Tari Era di NUS UCC untuk Dance Reflections. Tahniah!