Thursday, July 19, 2007

Hancur luluh hati ini

Sejak kebelakangan ini aku betul-betul sibuk dengan tugasan..terlari sana sini. Minggu ni pula lisan dah bermula..jadi masih terlari-lari juga. Tahun ini aku rasa sungguh tak bermaya sekali...aku mula menyoal diriku tentang pilihan kerjaya ku ini. Adakah ini yang aku inginkan?

Semalam, hati ku dihancurkan dengan berita tentang adik lelaki ku. Ibu ku memberitahu bahawa Isnin yang lepas, dia ponteng sekolah tanpa pengetahuan ibu ku. Geram! Marah! Pilu! Tergamak adik ku itu menghancurkan hati ibu ku...yang selama ini menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Hiba sungguh aku kerana apa yang aku lakukan selama ini masih sia-sia belaka.

Aku dapat tahu dia telah terpengaruh dengan seorang budak lelaki dan apa yang lebih menggeramkan aku lagi, dia budak sekolah aku. Aku pernah nampak mereka bersama, dan aku tahu dia pengaruh yang tidak baik, aku lantas memberinya amaran untuk menjauhkan diri dari adik ku. Tapi aku rasa, ia sia-sia belaka.

Semalam, lagi satu pelajarku membuat ku rasa sungguh geram dan tidak puas hati. DIA MENANG ANUGERAH!!! SO WHAT kalau dia boleh nyanyi...SO WHAT kalau persembahan dia lebih baik...tapi perangai buruk...hati busuk! Depan TV bukan maik baik...mcm pijak semut tak mati....tapi sebenarnya perangai mcm taik! Aku pernah tegurnya tentang perkara ini...apa jawapannya? "Alah mestilah cikgu...mesti pandai act!"

Jadi warga Spura, inilah yang korang pilih untuk menjadi idola korang. BUat apa pandai nyanyi...muka cantik tapi hati busuk! Malas belajar! Leh cakap lagik..pandai mengimbangi masa belajar dan kerjaya...YEAH RIGHT!!! Semalam ada juri komen...cakap dia ada stamina...MESTILAH...SLALU TIDO DALAM KELAS!

Yang aku bingit...orang mcm gini yang orang atasan aku agung2kan. Tapi bila aku sarankan pelajar aku untuk diberi penghargaan kerana telah banyak memberi sumbangan kepada CCA...mereka tolak...mengatakan yang pelajar tu ada kes disiplin. Tapi pelajar ni dah berubah habis...bertanggungjawab..sedar kesilapannya...tapi mereka tolak sarananku. Tapi budak ni..mentang2 dia masuk pertandingan peringkat nasional..masalah disiplinnya letak tepi. HIPOKRIT HIPOKRIT!!!

Kadang2 aku fikir...buat apa lah aku heran sgt nak kerja mcm ni...jika prinsip MENGAJAR...PELAJAR CONTOH tu sudah disalah ertikan. Buat apa aku sibuk mendidik dan membimbing pelajar..agar mereka tahu yang mana baik yang mana buruk...jika itu bukan objektifnya sekarang. Sekarang....siapa dapat harumkan nama sekolah...dapat kejar glamour..dah kirakan pelajar contoh! Sebab tu lah remaja sekarang semakin tak bermoral!

Argh! Aku bingit! Patutkan aku teruskan perjuanganku ini...tapi harus bekerjasama dengan hipokrit2 ini...atau aku menyerah kalah..kerana aku laksana wau melawan angin sahaja?!