Wednesday, April 27, 2005

Minggu terakhir di ZSS

Minggu ini merupakan minggu yang terakhir di ZSS. Pada mulanya rasa macam tak sabar. Tapi sejak semalam...aku rasa sgt sedih untuk meninggalkan sekolah ini. Semalam merupakan pengajaran aku yang terakhir dengan 2NT. Aku bawa mereka ke makmal komputer. Di sana aku jalankan ujian kefahaman mendengar. Kemudian, mereka dibenarkan untuk membuat kerja sendiri.

Selepas waktu tamat, kami pun bergambar. Bila aku memberikan sepatah dua kata kepada mereka....tak dpt aku menahan sebak. Aku terus menangis. Bebudak ni pulak sungguhlah 'sweet' sangat. Mereka pujuk aku. Lagi sedih lah aku nak tinggalkan dorang.

Sejak semalam, mood aku terus tukar. Sedih seh dalam hati. Berat betul nak tinggalkan bebudak. Paling tepat lagi...berat nak mengucapkan selamat tinggal.

Perasaan ini ditokok tambah pula dengan masalah lain. Masalah yang amat berat dan tidak tertanggung. Semalam merupakan detik permulaan serta akhir bagi aku dengan masalahku. Sedih, hampa, pilu dan merana. Jiwa ku seakan-akan meraung dalam tangisan. Namun apa kan daya...aku terpaksa menyimpan semua perasaan ku yang menggelodak ini.

Aku cuba mengukir senyuman di sebalik tangisan. Aku cuba gelak ketawa di sebalik penderitaan.

Tak pernah aku lalui masalah sebegini rupa...ya Allah...tolong lah hamba Mu ini. Bimbinglah aku ke jalan yang Kau redhai.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home