Tuesday, May 31, 2005

Pulus Takder

Sedih habis....bulan ni kering habis. Ntah naper tah. Mungkin pasal bulan lepas nya bill tak terbayar. Bulan ni nya bill lagik rabakz. Mati lah aku.

Aku rasa pasal dah lama tak catatkan apa yang aku dah buat dgn gaji aku tu. Dah nak kena mula kan lah....kalau tak camni...sampai bila2 pun mcm kais pagi makan pagi...kais petang makan petang.

Mungkin aku pun kena adakan satu target. COntoh....pada akhir tahun mesti ada berapa dalam simpanan. Yelah...mesti mulakan!!!

Monday, May 23, 2005

Persandingan Yasmine dan Ricky

Macam2 persembahan ada...dah mcm konsert. Heheheh. Kepada Yasmine dan Ricky...SLAMAT PENGANTI BARU. SEMOGA BAHAGIA SELALU DAN SLAMAT MENEMPUHI ALAM YANG BARU NI!!!

Halang Pengantin Image hosted by Photobucket.com
Pengantin Lelaki Mesti ada gambar ni
Teater Tari Era gerls Image hosted by Photobucket.com
Slamat Pengantin Baru Yas n Ricky

Sunday, May 22, 2005

Gurindam Jiwa

Lagu ni lagu kegemaran ku. Sedih skali dengar lagu ni. Tgh mood sedih lah katakan.

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

( korus )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Tuesday, May 10, 2005

Detik....

Hati terhiris,
Pisau realiti tajam sekali

Sejak pertama kali mata memandang,
Hati ku terpaut pada senyuman mu,
Lirikan mata mu yang memukau jiwa,
Membuat ku tidur tak lena

Semua orang tahu
Cinta itu buta
Cinta tak kenal usia
Cinta tak kenal rupa
Cinta tak kenal darjat
Pangkat & Harta

Jadi mengapa?!!
Apa lagi yang kurang?!!
Mengapa tomahan ku terima?!!
Kerana jatuh cinta

Fikiran ku masih basah lagi,
Pertama kali terdengar suara,
Terasa dunia ini milik kita berdua,
Masa terhenti buat seketika

Seluruh hidup merana,
Hukuman bagi sebulan di alam mimpi,
Apakah cinta itu satu hukuman sendiri?

Cinta perlukan pengorbanan,
Biar bercerai nyawa dan badan,
Asal bukan bertepuk sebelah tangan

Setiap memori kan ku semat,
Detik bersama kan ku hargai,
Ungkapan selamat tinggal merupakan
Detik akhir dan detik permulaan
Kepada sebuah kehidupan
Dua orang bercinta

~Rienaz Ali, 651~

Lamunan terhenti....

Aku dikejar bayangan mimpi,
Tidak dapat lari,
Lalu ku hentikan langkah kaki ku ini,
Dan membuka tangan untuk menyambutnya

Setiap pelukan terasa indah,
Kucupan manja segar terasa,
Tidak dapat ku lari lagi,
Aku terus hanyut dalam mimpi

Tidak mah rasanya ku bangun dari lena,
Kehadiranmu ku sambut mesra,
Terasa bagaikan di dalam syurga,
Setiap masa bersama amat berharga

Namun ku tahu akan ku terjaga jua,
Lamunan ku akn terhenti juga,
Walaubagaimana ku tetap tidak kan lupa,
Setiap detik bersama...sehingga ke hujung nyawa

~Rienaz Ali, 481~

Monday, May 09, 2005

Dah dpt posting

Aku dah dpt posting. Pegi balik skolah sama. Orait ah tu.....24th Mei nak kena datang report.

Sunday, May 08, 2005

Dah lama seh....

Dah lama aku tak tulis blog ni. Sibuk lah. Walaupun dah habis praktikum...tapi masih sibuk. Aku kena pegi NIE pasal ada lagik kursus2 yang perlu dihadiri. Aku mengajar bebudak ZSS lagik kat luar skolah...kat RC.

Aku sedar yang aku banyak meluangkan masa dengan dorang...tapi...aku betul2 amik berat tentang pelajaran dorang. Aku dapat melihat dorang daripada tak minat blajar sampai tekun berusaha. Aku mula mengajar 2 murid tapi lama2 ada dalam 10 murid aku ajar. Memanglah susah nak luangkan masa untuk 10 orang...tapi sekurang2nya aku dapat memantau apa yang dorang buat. Aku mungkin bukanlah guru yang terbaik untuk mengajar dorang...tapi...sekurang2nya kehadiran aku kat sana dapat memberikan motivasi kepada mereka. Sayangnya.....

Ada jugak orang yang tak memahami aku. Ada yang sibuk buat fitnah....ada pulak sibuk mencari kesilapan aku. Aku tahu lah bebudak ni nakal2...semua laki2....tapi...dorang ni sebenarnya baik. Cuma memerlukan perhatian yang lebih sahaja. Naper lah org tak leh faham. Hai....kiter buat orang kata...kiter tak buat pun orang kata. Aku tahu aku tak leh tolong semua orang....tapi aku suka tolong orang...aku suka tgk bebudak ni blajar. Sejuk hati tgk.

Ni skrg masa peperiksaan pertengahan tahun...lagi kerap lah aku ngan dorang. Dorang yang peperiksaan...aku yang rasa tertekan.

Aku sedih kerana tunang aku sendiri pun tak dpt memahami aku. Yelah...aku tahu dier cikgu jugak...tapi lain orang lain cara lah. Dier ada cara dier...aku ada cara aku. Yang paling aku bingit...dier ckp apa yg akku buat salah. Aku tahu lah aku buat lebih dari yang patut...tapi aku sekadar membantu...bukan apa. Sedih betul ah.

Aku rasa buat masa ni....murid2 aku jer lah penawar hati yang duka. Dorang jer yg dpt memahami aku. Agaknya betul apa aku perhatikan selama ni...guru2 yang berdedikasi slalunya yg masih single...hehehehe.