Sunday, May 08, 2005

Dah lama seh....

Dah lama aku tak tulis blog ni. Sibuk lah. Walaupun dah habis praktikum...tapi masih sibuk. Aku kena pegi NIE pasal ada lagik kursus2 yang perlu dihadiri. Aku mengajar bebudak ZSS lagik kat luar skolah...kat RC.

Aku sedar yang aku banyak meluangkan masa dengan dorang...tapi...aku betul2 amik berat tentang pelajaran dorang. Aku dapat melihat dorang daripada tak minat blajar sampai tekun berusaha. Aku mula mengajar 2 murid tapi lama2 ada dalam 10 murid aku ajar. Memanglah susah nak luangkan masa untuk 10 orang...tapi sekurang2nya aku dapat memantau apa yang dorang buat. Aku mungkin bukanlah guru yang terbaik untuk mengajar dorang...tapi...sekurang2nya kehadiran aku kat sana dapat memberikan motivasi kepada mereka. Sayangnya.....

Ada jugak orang yang tak memahami aku. Ada yang sibuk buat fitnah....ada pulak sibuk mencari kesilapan aku. Aku tahu lah bebudak ni nakal2...semua laki2....tapi...dorang ni sebenarnya baik. Cuma memerlukan perhatian yang lebih sahaja. Naper lah org tak leh faham. Hai....kiter buat orang kata...kiter tak buat pun orang kata. Aku tahu aku tak leh tolong semua orang....tapi aku suka tolong orang...aku suka tgk bebudak ni blajar. Sejuk hati tgk.

Ni skrg masa peperiksaan pertengahan tahun...lagi kerap lah aku ngan dorang. Dorang yang peperiksaan...aku yang rasa tertekan.

Aku sedih kerana tunang aku sendiri pun tak dpt memahami aku. Yelah...aku tahu dier cikgu jugak...tapi lain orang lain cara lah. Dier ada cara dier...aku ada cara aku. Yang paling aku bingit...dier ckp apa yg akku buat salah. Aku tahu lah aku buat lebih dari yang patut...tapi aku sekadar membantu...bukan apa. Sedih betul ah.

Aku rasa buat masa ni....murid2 aku jer lah penawar hati yang duka. Dorang jer yg dpt memahami aku. Agaknya betul apa aku perhatikan selama ni...guru2 yang berdedikasi slalunya yg masih single...hehehehe.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home