Wednesday, June 15, 2005

Kau tunaskan harapan, kau hancurkan impian...

Tadi semasa kat ITE Simei tu....teringatkan kisah kawanku...tiba-tiba jer terus terkeluar lah perkataan-perkataan ni dalam benak fikiran "Kau tunaskan harapan, kau hancurkan impian"

Ini mengisahkan seorang gadis yang diberikan sebuah harapan oleh seorang jejaka. Namun begitu, setelah gadis itu jatuh cinta kepadanya, jejaka itu menghancurkan segala impian kerana cinta itu tidak terbalas. Kisah cinta ini menyayat hati kerana walaupun segala harapan gadis itu hancur, dia tetap menantikan saat di mana cinta itu akan berputik di dalam hati jejaka tersebut. Nantikan kisahnya......

Hahahah...amacam? Macam sipnosis sebuah novel atau cerpen tak?? Heheheheh.....Dah lama jugak tak tulis cerpen. Tapi dah 25 tahun ni tulis cerita cinta2 dah mcm tak sesuai. Mungkin ini boleh menjadi satu detik permulaan bagiku untuk menulis semula?? Nantikan...........

0 Comments:

Post a Comment

<< Home