Thursday, June 09, 2005

Penawar hati luka

Tadi gi East Coast...rasa mcm nak gi berenang lak. Smalam dah gi gym. Yelah...nak kena werk out sikit...badan dah makan naik ni.

Tadi gi ngan si dier. Ya...perhubungan kami semakin baik. Melihat kesungguhan dan keikhlasannya membuatku rasa bahawa dia patut diberi peluang sekali lagi. Namun begitu, aku telahpun memberitahunya yang dia harus sabar menanti tika dan saat di mana perasaan ku kepadanya akan timbul semula. Buat masa ni....ia masih belum dapat tersulam.

Mungkin satu hari nanti, perasaan itu akan timbul semula. Mungkin keikhlasannya itu akan membuka hatiku untuk mencintainya semula. Mungkin...mungkin

BUat masa skrg...aku akan membukakan peluang untuknya mengubati hatiku yang luka.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home