Wednesday, November 30, 2005

Tamat Kursus

Dengan tamatnya kursus ku....ku telah membuat 2 sajak
Grp Photo
Candid

24 Jam

29.11.2005
Kami berkumpul di MRT Queenstown
Berpandukan peta yang tidak seberapa
Kami terkapai-kapai mencari arah
Muncullah apek bersenam menerangkan mata

Berjalan kami merentasi longkang
Panjang...Dalam
Semua bersorak kerana
Sangka kami tiba sudah ke destinasi

Terperanjat!
Mengapa kosong, sunyi, sepi?!!
Rupanya tersalah bangunan dah....

Kamu menoleh 90 darjah ke kanan
Di situ rupanya...
A106 di mana ya?

Terlihat 2 jejaka berdiri di depan
Pasti itu tempatnya
Kata salah seorang, "Teaching ML Grammar?"
Sambil ibu jari memberi arah

Melangkah masuk, kami terpaku
Berkaca mata, rambut putih dimamah usia
Oh! Encik Gani gelarannya

Lagu Boyan, Lagu Jawa
Lagu Minang...tak henti ketawa
Baru ku sedar lagu banyak fungsinya
Bukan hiburan semata-mata
Boleh mengajar tatabahasa

24 jam hampir genap
Ilmu yang dibekalkan kepadaku
Lupa-lupa ingat...Jangan ingat-ingat lupa!!!


Seloka 24 Jam

Selasa lepas bangun pagi
Kerana hendak pergi kursus
Tempat pula tak tahu nak pergi
Jalan punya jalan, tekak naik haus

Sampai ke sana sudah lewat
Hampir-hampir kena denda
Kami jalan penatlah sangat
Ke salah tempat pun ada juga

Cikgu Gani Cikgu Selamat
Fasilitator buat empat hari
Mereka ini gereklah sangat
Buat kita tak kering gusi

Mereka mengajar tatabahasa
Untuk kita guru yang muda
Banyak lagu didengar pun ada
Boyan, Minang dan juga Jawa

Puteri Harapan kumpulan kami
Empat wanita yang cantik jelita
Untuk slogan pula diberi
Indah bangsa kerana bahasa

Cikgu Gani bijak laksana
Slaid-slaidnya power belaka
Lagu dangdut kegemarannya
Ke Tanjung Pinang beli buku, betul ke?

Cikgu Gani membawa anaknya
Sebagai pembantu kepada si bapa
Mengambil gambar itu kerjanya
Memadam papan tulis dengan thinner??

Cikgu Selamat kecil orangnya
Tapi tinggi budi bahasa
Senyuman sentiasa terpapar di muka
Membuat hati riang gembira

Sekian dahulu persembahan kami
Puteri Harapan mengundur diri
Salah silap harap dimaafi
Semoga kita berjumpa lagi

0 Comments:

Post a Comment

<< Home