Friday, November 04, 2005

Selamat Hari Raya

Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa
hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali
Terbayang senyuman di wajah nan
sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Doamu teriring
selalu
Menyambut anakmu kembali

Sedang dengar lagu yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah di bilik guru. Baru habis buat kerja-kerja tertentu. SELAMAT HARI RAYA!!! MAAF ZAHIR BATIN!!

Semalam raya yang pertama. Macam biasa, pergi rumah nenek dan Wak Nab aku. Hari pertama selalu tak seberapa. Datang, makan, relek, balik.

Malam si dia datang untuk tolong aku bawak barang2 kat rumah adik aku. Maklumlah, dah nak pindah bulan DIsember...hehehehe.

Hari ni bangun lambat sikit pasal semalam aku tidur lambat. Hehehe. Hujan lagik melembapkan suasana (melembab dan melembap). Lagi 2 jam dah leh balik. Lepas tu nak jalan hari raya lagi. Asallah bukan hari Sabtu. Leceh betul. Penat seh. Balik nak tidur jer.

Takperlah. Jalan jer lah. Besok nak jalan dengan keluarga si dia lakz.

Smalam masa bermaaf2an, aku teringatkan sesuatu yang betul2 menghancurkan hati aku. Ye aku dah maafkan, tapi lupakan....susah sekali. Dan satu hari tu lah aku rasa sedih dan marah2. Cuba nak selindungkan...tapi tak tahu berjaya ke tak.

Takperlah. Orang kata...segala luka dan duka akan hilang ditelan masa. Buat masa sekarang, tidak sekali.



0 Comments:

Post a Comment

<< Home