Wednesday, March 29, 2006

Pengorbananku...

Pengorbananku
Adakah ia sia-sia belaka?

Hati hancur
Jiwa tak tenteram
Tangisan sayu terus mengalir
Jiwa dan ragaku
Rasa tersiksa

Pengorbanan
Demi pengorbanan
Yang aku berikan
Walaupun jiwa
Sengsara

Perlukah aku
Menggadaikan kebahagiaanku
Demi kebahagiaan orang lain?

Perlukan aku bersedih
Untuk memberikan tawa riang
Kepada yang lain?

Perlukah aku sengsara
Agar yang lain
Ketawa gembira?

Seribu satu soalan berligar
Bagaikan kipas
Yang sedang berada di atas kepalaku

Akankah ia terus seperti kipas ini
Ataupun...
Ia akan terus berhenti

-Rienaz Ali-
Mac 2006, ZSS

Tuesday, March 28, 2006

PENAT!!!

PENATTTTTTTTTTTTTTTT!!!!

Saturday, March 18, 2006

Hari Persandinganku








Saturday, March 11, 2006

Hari SUkan dan BBD


Semalam sekolah aku ada Hari Sukan. Khahaha...dah lama tak lari. Kena lari 8 x 50. Menang lak tu. khakhakha. Gerek jugak. Dah lama tak aktif ni..macam semangat semakin berkobar lakz.



Malamnya, ada BBD kat rumah aku. Kali pertama dorang datang ke rumah aku. Ihah ngan Mis yg tak dpt dtg. Makan pizza...eee...Mediterranean tak sedap!!! Tonton citer THE WIG!!! Seram jugak ah.

Patut hari tu tak nak tidur sana...akhirnya aku tertido kat sana. Kat sofa jer. Penat sgt aku ngan sayangku.

Friday, March 03, 2006

Sedih...pilu...simpati

Salah seorang pelajar aku berada di ICU. Kedua-dua buah pinggangnya sudah tidak berfungsi lagi kerana ada jangkitan kuman. Hiba rasanya hati bila aku dapat tahu. Aku ngan M pergilah ke NUH untuk melawatnya. Aduh! Melihat dirinya yang dicucuk sana sini, sebak rasanya di hati. Dia menggigil dengan kuatnya...asyik merengek2 kesakitan. Dia yang aku kenali sebagai orang yang aktif walaupun badan gempal sekarang layu terkulai, terlantar di atas katil hospital.

Aku doakan agar dia cepat sembuh. Agar dia dapat menikmati alam persekolahan semula. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.