Monday, March 07, 2005

Minggu ketiga di skolah

Minggu ketiga di skolah berjalan lebih lancar sedikit. Dah tahu dah tak boleh buat rancangan pengajaran yang stylo mylo. Satu aktiviti jer boleh dijalankan...walaupun ada 2 period. Takperlah..asalkan rancangan pengajaran tercapai. Hari ini..kesemua RP tercapai kecuali 2NT kerana Kefahaman Mendengar yang patut dibuat tu sebenarnya telah dibuat oleh pelajar. Terpaksalah tukar plan B.

Hari ni pertama kali berjumpa dengan 4NA. Seram sejuk..tapi semuanya ok. 2NT hari ni bising sikit dari selalu. Geram dibuatnya. Besok akan suruh mereka stayback sebagai hukuman. Mesti kena marah jugak ni.

RP dah habis dibuat cuma kena rombak 2NT.

K lah....selamat berjumpa lagik.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home