Thursday, June 29, 2006

Kenapa mcm ni??

Aku sekarang betul2 berasa hiba dan kecewa. Hari ni aku dapat tahu yang pelajar aku si Yazid tu masuk hospital lagi. Sedih betul aku. Kesian juga kat dier ni. Aku lagi bertekad untuk nak bantu murid aku ni. Dia kaki lemah dan sering pitam. Masa tu datang sekolah kena naik teksi. Kalau hari2 habislah nanti.

Aku nak cadangkan bantuan kewangan diberikan untuknya. Tapi cadangan itu ditolak dengan alasan dia tak qualify. Hasil pendapatan keluarganya tak termasuk dalam keluarga yang perlukan bantuan kewangan. COME ON LAH!!! WHERE'S UR HUMANITY??? Lagipun, numbers are so damn deceiving!! Yes, pendapatan keluarga dia lebih. Tapi tu termasuk dengan pendapatan kakak2 dia. Kakak2 dia dah kawin dan ada anak, takkan nak gi tanggung si Yazid sepenuhnya. Sebenarnya, bapa dia sorang sahaja yang bekerja sepenuh masa manakala ibunya bekerja sambilan sahaja. GET THE DAMN FACTS MAN!!!

Kalau bangsa dia, tanpa berfikir panjang dia tolong. Keluarga pelajar tu senang pun dia tolong jugak. HEY!! TAKKAN NAK TUNGGU SAMPAI KEMALANGAN TERJADI KAT SKOLAH BARU NAK TOLONG!!! U help out of compassion, not GUILT!!! Nak tunggu dia mati kejung kat skolah baru nak tolong ker????

Aku betul2 sedih ah. Sampai tadi bukan kelas 2T1 jer aku beritahu. Aku pun beritahu kelas 3E aku. Mereka pun frust dengar citer aku. Dan aku cadangkan kalau skolah tak nak tolong, kita dapatkan pelajar Melayu untuk tolong. Akunya 3E dah setuju. Alhamdulillah.

Sakit hati aku dengan mereka ni. Kenapa gitu teruk sekali sikap sampai tak mahu menolong bila diperlukan. Alasan diberikan sungguh tak munasabah. Takyah kata Yazid tu pelajar skolah ni...tapi Yazid tu MANUSIA!!! Takkan lah perasaan kemanusiaan, simpati sikit pun takder dalam diri??!!!

Aku sungguh kesal dengan sikap mereka. Kesian dengan nasib Yazid. As usual...nangis lah aku kat staff room ni. Takleh take it ah. Knapa jadi mcm ni skali manusia eh?

Wednesday, June 28, 2006

Pantun hari ini

Hari ini aku ada dua pantun. Satu untuk Cikgu Selamat. Satu ketika berasa sedih.

Untuk Cikgu Selamat:

Pergi belayar dengan Nakhoda
Bahtera lalu Pulau Temasek
Sungguh gembira bangga dijiwa
Dapat berpantun dengan yang cerdik

Pulau Temasek indah pantainya
Dikelilingi pohon yang rimbun
Cikgu Selamat bijak orangnya
Bermain kata dengan berpantun

Tiba di sana ternampak singa
Badannya cantik lagi perkasa
Pantun Cikgu indah belaka
Moga dapat dihargainya

Pantun Sedih

Suasana malam terasa dingin
Sejuk menggigit hingga ke tulang
Sekali sekala aku teringin
Dijauhkan dengan nasib yang malang

Bintang mengerdip bulan mengambang
Langit hitam kembali terang
Hendak dibuang terasa sayang
Tapi disimpan jiwa mengerang

Kucing mengiau mengusik malam
Cengkerik menyambut dengan girangnya
Walau dunia terasa kelam
Aku hadapi dengan tabahnya

Thursday, June 15, 2006

Pantun Sayu

Langit mendung tanda nak hujan
Hujan lebat basah bajuku
Hati remuk tidak tertahan
Bagai kaca hempas ke batu

Wednesday, June 14, 2006

Sempena meraikan hari jadiku

Sempena meraikan hari jadi Nanz yang ke 26, BBG telah meancang untuk berkaraoke dan juga Night Drive.

BBG telah pergi ke Cash Studio untuk berkaraoke. Kami berkaraoke dari pukul 5 hingga pukul 8. Ada Mis, Nemz, Za, Tutz, Latz dan juga Ihahz. Rizzy & Andy juga turut serta. Macam2 lagu telah dinyanyikan. Ada national anthem lagi.
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting

Selepas itu, BBG pergi makan di Lau Pa Sat. Ihah & Rizzy tidak ikut serta tapi Azli lepas balik kerja ikut serta. Makan seafood dan sate (kombinasi yang sangat pelik).
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting

Dah kenyang, kami pun mulakan perjalanan. Pertama, ke Labrador Park. Maklumlah, ramai juga yang belum pernah ke sana. Kami ke bunker bawah tanah dahulu kemudian ke jeti. Sebenarnya BBG, di kawasan bunker tu dahulu seorang budak perempuan telah mati dibunuh, sebelum itu dirogol. Winnie. Ingat lagi tak? Di sana, Kad Hari Jadi diberikan kepada Nanz. Kad yang dibuat suaminya sendiri amat cantik dan comel sekali. Selepas mengambil gambar, kami pun menuju ke tempat kedua.
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting

Mount Faber merupakan destinasi kedua. Di sana, BBG telah memberikan hadiah yang kedua kepada Nanz. Ia merupakan beg tangan berwarna biru. Terima kasih kengkawan!!! Ambil2 gambar dan terus ke destinasi seterusnya.
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting

BBG pergi ke CHangi Village. Di kawasan carpark kita "cuci mata". Bisnes tak cukup baik hari tu. Tapi tak mengapa. BBG memberikan hadiah yang ke3. Ia merupakan sebuah patung teddy yang dituliskan ucapan2. Mana yang perasan, yang nyanyi2...ada yang nak buat lawak juga. Hehehe.
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting

Seterusnya, BBG ke CHANGI HOSPITAL yang lama. Tak sangka ada ahli BBG yang berani untuk ke dalam. Bersama 4 lagi orang yang BBG temu di sana, Latz, Tutz, Nanz, Andy & Azli pun masuk ke dalam. Kami ke bahagian wad hospital tersebut. Andy mengambil banyak gambar yang flashnya membutakan mata terutama skali mata Nanz. Namun, penerokaan kami terhenti apabila di tingkat 4 ada manusia2 yang ingin menakutkan kita.
Photobucket - Video and Image Hosting
Ada orb kat pintu
Orb tu ikut tu pompuan kot?

Oleh sebab Mis, Za dan Nemz ingin pulang, kami pun adakan acara memotong kek di hadapan hospital tersebut. Wahhhhhhh. Menarik sungguh. Potong kek, makan dan minum. Terus kami pulang.
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting

Sebelum pulang, Tutz, Latz, Nanz dan Andy telah ke East Coast untuk ke tandas. Lepas makan dan minum, kami pulang.

Pada keseluruhannya, acara-acara untuk hari tersebut amat menarik sekali. Pertama kali BBG keluar dari kawasan mereka. Terima kasih sekali lagi kepada rakan BBG di atas segalanya. Takkan dapat dilupakan di dalam ingatan.
Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Hari jadi yang akan datang ialah hari jadi Tutz & Latz. Wahai rakan BBG, ada sedikit cadangan. Apa kata kita buat minggu sebelum puasa. Mungkin 12 Sept? Jadi kita bolehlah adakan di tempat yang jauh sikit. Ingat nak raikan di SENTOSA. Piknik dan pot luck? Ni cadangan aja.

Friday, June 09, 2006

Di sebuah taman

Di langit...
Hitam menyelimuti alam
Bintang-bintang asyik mengenyitkan mata
Tersenyum bulan melihat gelagat mereka

Di bawah pohon...
Duduk sepasang kekasih yang hangat dibuai asmara
Sambil angin mengembus sepoi-sepoi bahasa
Harum semerbak bauan bunga
Menusuk kalbu
Menghangatkan nafsu
Menghancurkan jiwa

Nun jauh di sana...
Terbaring seorang tua yang hiba
Sambil air matanya mengalir
Suara azan sayup kedengaran
Memecahkan kesunyian
Membangkitkan harapan

Bangkitlah wahai orang tua
Bangkitlah...

Agar kekasih itu tersedar
Dari pergelutan nafsu
Agar mereka turut membantu
Memanah ke langit
Menjatuhkan bintang-bintang yang asyik mengenyit
Agar jatuh satu per satu
Meruntuhkan empayar si bulan
Meranapkan senyuman

Bangkitlah orang tua
Sedarkanlah kekasih itu

Agar menarik selimut hitam bersama
Untuk menerima sinaran suria
Yang menyucikan jiwa

Bangkitlah wahai orang tua
Bangkitlah...