Tersebutlah kisah dahulu kala
Kisah terjadi di Singapura
Seorang wanita cantik parasnya
Radin Mas Ayu diberi nama
Pangeran Adipati Agung ayahnya
Dia adalah seorang duda
Isteri terbunuh kerna bencana
Rumah dibakar baginda murka
Kerana kecewa dengan abangnya
Membawa diri ke Singapura
Radin Mas Ayu menurut serta
Tinggal di kampung Telok Belangah
Diperisterikan puteri raja
Pada mulanya hidup bahagia
Kerana isteri cemburu buta
Radin Mas Ayu sering didera
Isteri Pangeran marah belaka
Suami terlalu sayang anaknya
Diarahkan Bagus menganiayainya
Dimasukkan Pangeran ke perigi buta
Radin Mas dipaksa untuk bernikah
Bersama Bagus yang dibencinya
Amatlah berat bagi hatinya
Tapi ibu tiri ditakutinya
Putera Pangeran mengadu pula
Bahawa ayahnya di perigi buta
Terkejut semua yang ada di sana
Memaksa puteri melepaskannya
Wajah Pangeran uzur dan lemah
Radin Mas Ayu sedih hatinya
Hendak pergi mendakap ayahnya
Bagus mencuba menghunus kerisnya
Akan tetapi keris si Bagus
Di dada Radin Mas ia terhunus
Rebah dan terakhir nafas dihembus
Lalu pengawal menangkap si Bagus
Isteri Pangeran larikan diri
Belum pun sempat melangkah kaki
Petir menyambar tubuh si isteri
Mati di dalam keadaan ngeri
Radin Mas Ayu itu kisahnya
Menyayat hati membawa duka
Kini makamnya diingati semua
Ia terletak di Bukit Bendera
ciptaan Rienaz Ali