Wednesday, April 27, 2005

Minggu terakhir di ZSS

Minggu ini merupakan minggu yang terakhir di ZSS. Pada mulanya rasa macam tak sabar. Tapi sejak semalam...aku rasa sgt sedih untuk meninggalkan sekolah ini. Semalam merupakan pengajaran aku yang terakhir dengan 2NT. Aku bawa mereka ke makmal komputer. Di sana aku jalankan ujian kefahaman mendengar. Kemudian, mereka dibenarkan untuk membuat kerja sendiri.

Selepas waktu tamat, kami pun bergambar. Bila aku memberikan sepatah dua kata kepada mereka....tak dpt aku menahan sebak. Aku terus menangis. Bebudak ni pulak sungguhlah 'sweet' sangat. Mereka pujuk aku. Lagi sedih lah aku nak tinggalkan dorang.

Sejak semalam, mood aku terus tukar. Sedih seh dalam hati. Berat betul nak tinggalkan bebudak. Paling tepat lagi...berat nak mengucapkan selamat tinggal.

Perasaan ini ditokok tambah pula dengan masalah lain. Masalah yang amat berat dan tidak tertanggung. Semalam merupakan detik permulaan serta akhir bagi aku dengan masalahku. Sedih, hampa, pilu dan merana. Jiwa ku seakan-akan meraung dalam tangisan. Namun apa kan daya...aku terpaksa menyimpan semua perasaan ku yang menggelodak ini.

Aku cuba mengukir senyuman di sebalik tangisan. Aku cuba gelak ketawa di sebalik penderitaan.

Tak pernah aku lalui masalah sebegini rupa...ya Allah...tolong lah hamba Mu ini. Bimbinglah aku ke jalan yang Kau redhai.

Saturday, April 23, 2005

Minggu yang sangat payah dilalui

Minggu ni banyak lah kerja yang belum selesai. Kertas bebudak lom habis semak...tugasan sekolah lom habis buat...rancangan pengajaran...diskette pun belum bagi cikgu nuraini.

Isnin: Patut ada pemantauan oleh cikgu Nuraini tapi badan aku ni teramatlah letih dan kurang sihat...jadik aku batalkan pemantauan itu. Lepas kelas pertama...aku punyalah sedih dan bingit. Asyik fikirkan kenapa ye aku memilih jalan ni? Kenapa aku nak jadik cikgu? Aku buat mcm2 untuk murid2 ni...tapi dorang buat hal mcm2. Mana yg tak buat tugasan di rumah, yang sikap tak sopan mcm2 lagi lah. Lepas kelas pertama tu...dah mcm nak nangis seh. Tapi mujurlah ada Redha tolong tenangkan fikiran. Terima kasih REDHA!!

Selasa - Jumaat : Hari-hari seterusnya ni mcm gembira sikit. Tak tahu asal lak...hahahahha. Makan vitamin agaknya. Akan tetapi hari Jumaat kena demam panas, batuk, gastric, cirit birit.....lepas skolah Redha temankan gi doktor. TIMA KACIH SKALI LAGI REDHA!!

Sunday, April 17, 2005

Kisah kawin-kawin

Hari ni salah satu members tarian aku kawin. Lawa betul dier. Suasana di situ pun cantik dan sungguh meriah. Bebudak tarian aku ada yang buat persembahan. Aku ngan tunang aku datang makan jer lah...heheheh. Tapi kiter pun datang untuk meraikan lagik majlis orang. Best tengok dier nyer persandingan....simple yet elegant. DJ si Abby Sheikh tu memang klakar...jadi bertambah seronok lah suasana majlis.

Cedebah!! Aku sempat jugak dpt hadiah..pasal lengkapkan pantun. Hahahha...takleh dropkan waterface cikgu Melayu...hehehe.

Lepas tu gi Bukit Panjang Plaza...lapar lagik!! Dah membeli-belah..kiter gi makan kat Swensens. Dah tu balik.

Baru lah aku sedar yang tugasan sumer lom buat. Tugasan Prof Hadijah lom buat..nak laksanakan lagik. Abis tu ada pemantauan lagik. Argh!! Macam nak MC aja. Tapi takleh...kesian bebudak. Exam nak dekat oiiiii.

OK2 aku nak sambung buat kejer. Nanti tak terhabis karang.....malamz...

Tarian Grp photo sebelum lelaki tiba Lelaki tiba Grp photo dengan pasangan

Wednesday, April 13, 2005

Penyakit dtg lagik

Hai lah penyakit...
Kenapa kau datang lagi?
Tidak cukupkah kau menghancurkan hidupku?
Tidak puaskah kau menyakiti hatiku?

Keinginanku membawa padah
Sakit dan pedih seluruh anggota
Hati remuk tidak terkata
Bagaikan pisau membelah dada

Aku fikirkan kau adalah penawar
Untuk mengubat rindu yang tidak terkata
Bayangan yang ku inginkan selama ini
Merupakan penyakit yang memamah diri
Sungguh bisa dan amat pedih

Mengapa kau harus datang lagi?
Ketika aku hampir pulih
Walau hatiku tidak berdarah lagi
Namun, parutnya belum pun kering
Mengapa kau harus cuba menjangkitiku lagi?
Apabila ketenteraman sudah tercapai
Bila kebahagiaan telah dikecapi
Namun, memori tetap tersemat
Sedalam lautan...mengusik perasaan

Nyah, kau penyakit!!
Jangan kau cuba menjangkitiku
Aku sudahpun mengambil suntikan
Agar tubuhku boleh melawan
Jangkitan kuman yang hanya akan
membuat luka lama berdarah kembali

Saturday, April 09, 2005

Makan di Siam Kitchen

-Tak leh aku nak lupakan rasa Pulut manis dengan Mangga tu....
SEDAAAAAAAAAAPPPPPPPPPPP!!!

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com

3 minggu akan berlalu

Tak sabar rasanya....29 april menandakan akhirnya praktikum ku. Akhirlah segala penat lelah...tekanan perasaan dan jiwa....sakit hati....mcm2 lagi. Ataupun...adakah 29 april itu menandakan permulaan ini semua?!!

Ah! Yang penting...aku dapat berehat seketika. Mata dah mula sembab...badan sudah mula lemah...tak sabar...tak sabar!!

Alamak!! Masih ada banyak nak semak....masih ada 3 minggu nak ajar. Tak apa...masa akan berlalu.......

Thursday, April 07, 2005

ZSS menang!!

- ZSS dapat emas (pujian)
- semua sekolah dapat emas (pujian), emas, perak ataupun gangsa
- tidak ada yg dapat sijil penyertaan
- bangga sekali
- lepas itu pergi PA pasal yg lain ada latihan
- lepas ambil gambar...BALIK!!!
- teramat penat.....sigh

Wednesday, April 06, 2005

Pertandingan SYF (Tarian Melayu)

- ZSS ambil bahagian
- Persembahan mereka amat gah dan menarik
- Rasa2nya boleh lah mereka dapat Emas ataupun Emas (Pujian)
- Dah lama tak jumpa members PA...terlepas rindu
- makan sama2 ngan mereka di Haig Road S11
- lepak sikit lepas tu balik
- penat sungguh!! Nak menyemak pun tak terlarat

ZSS