Thursday, August 18, 2005

Batuk yang semakin teruk

Tadi ada 4 kelas...hari Khamis memang ada salah satu hari yang amat memenatkan. Batuk dah semakin teruk. Kelas pertama dah lah kelas 2E...yang sgt bising tu...jadi nak kena pekik2..terus tekak dah sakit. Kelas 3E ok..tapi kelas 2NT tu lah yang teruk sekali. Mereka ini memang degil dan sangat aktif. Tadi..ada yang bergendang..mana yang sibuk berbual dan sebagainya. Aku kat depan sampai berurat2 tekak..terbatuk2 mcm nak giler jelaskan pada dorang tentang ujian lisan yang bakal tiba.

Apa lagi..aku terus marah lah. Aku tak paham betul lah...biler ditegur dengan baik..dier buat jugak. Dah kena marah...sekejap jer baik..lepas tu buat lagik. Terpaksa aku marah dorang atas bawah tadi..dengan tekak yg sakit ni. Betul lah mereka ni.

Kelas 3N hari ni terbaik sikit...yelah ada Cikgu Nuraini sebab tu. Hari ni sambung tentang Peribahasa...aku ni kan Peribahasa Queen..hehehe. Biler kelas tu lah aku batuk mcm nak giler....sampai terpaksa suruh murid aku yg bacakan.

Lepas sekolah, settle dulu barang2 Lisan kerana esok dah mula ujiannya. Balik aja......TIDO! Dah terlalu penat agaknya. Kemudian, pergi doktor. Dapat MC...alah buat per..bukannya aku boleh tak dtg esok. Sigh....takpelah..demi murid2 ku tersayang.

K..mata dah kuyu ni..ubat dah buat aku mabuk2...jadi kena lah tido...SELAMAT MALAM!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home