Thursday, August 04, 2005

Kejadian di dalam kelas

Sakit hati...sedih...kecil hati...kecewa

Tu lah perasaanku selepas kelas 3N hari ni. Seperti selalu...kelas ni memang bising. Kalau aku mengajar kat depan...ada segelintir sahaja pelajar2 yang akan menumpukan perhatian. Kelas ni memang mencabar...

Hari ni...buat pertama kalinya aku menunjukkan kemarahanku. Dah tak leh tahan lagi. Dah lah sebelum ni..satu pelajar perempuan berkelahi dengan satu pelajar lelaki..kemudian pelajar lelaki tu kurang sopan dengan Cikgu Nuraini...yang ni pulak pelajar perempuan yg sama gaduh dengan pelajar lelaki yg lain. Kecewa betul aku ngan dorang...aku ada dalam kelas pun dorang buat aku camni.

Aku memang tak suka marah...sapa suka marah..dan sapa suka kena marah seh. Tapi aku rasa...madu yg diberi..tuba yg mereka balas. Kecewa betul. Aku marah semarah2nya...dan aku suruh larang dorang daripada keluar kelas.

Tapi...ada 2 pelajar yang tak mendengar kata. Mereka terus keluar dari kelas walaupun aku menghalang. Itu masa lah perasaan kecewa aku mencengkam diri. AKu terus keluar dari kelas begitu sahaja...

Setibanya di bilik guru...aku terus menangis..entah kenapa. Mungkin terlalu kecewa dengan mereka. Aku cuba sedaya upaya hendak memahami mereka...mereka pula sedikit pun tak endahkan perasaan aku. Mentang2 selama ini aku diam...mereka fikir mereka boleh buat sesuka hati mereka.

Aku rasa aku menangis pun pasal aku sedih. Hahaha...tu yg kelakar..aku selalu gitu...dah marah org mesti sedih.

Entahlah camna...aku harap lepas aku marah dorang ni..dorang masuk ajar sikit. Kalau tak...terpaksa lah aku ambil tindakan yg sewajarnya...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home