Saturday, July 16, 2005

Aku tidak akan mengaku kalah....

Kepada kau yang merosakkan segalanya,

Setelah membaca apa yang kau tuliskan di dalam tagboard aku...aku sungguh kecewa. Kau fikir kau dapat menghancurkan hatiku apabila kau berkata begitu? Kau fikir aku akan beralah?

Setelah membaca apa yang kau tuliskan itu, aku lebih tekad untuk mengukuhkan lagi apa yang telah kubina bersamanya. Aku tahu dia bersalah...tapi...kalau tidak ada angin manakan pokok itu akan bergoyang. Bak kata pepatah orang Inggeris, it takes two hands to clap. Keadaan pada masa itu bukan satu alasan kau boleh mengambil kesempatan. Jadi jangan asyik menyalahkan dirinya.

Aku sendiri pernah ada di situ, di mana hatiku hancur akibat kata2 manis lelaki. Tetapi aku tidak pernah sibuk menuding jari...kerana aku tahu aku pun bersalah. Tuhan beri kita akal untuk apa? Jadi kita sendiri lah yang bertanggungjawab dengan kelakuan sendiri...bukan orang lain.

Ya...hatiku tetap terguris dengan apa yang dia lakukan. Mungkin lebih teruk daripada terguris. Walaupun kemaafan telah ku berikan...namun sesaat tidak dapat kulupakan. Akan tetapi...aku menggunakan setiap saat itu untuk memberikannya peluang...peluang untuk menyelami hatiku semula...menemui cintaku semula.

Cinta adalah satu pengorbanan. AKu sanggup berkorban cinta demi orang yang ku sayang. Walaupun pahit terpaksa ditelan, aku sedia untuk beralah. Itu yang aku kecewa. Kau kata kau menyayanginya...mencintainya...yang dia adalah orang yang kau cari selama ini...tapi tergamak engkau...tergamak engkau menyakitinya begini. Mengaibkannya dengan menuliskan sedemikian agar orang lain dapat tahu. Agar dia mendapat malu. Itu bukan cinta namanya...

Kau tahu...aku rela melepaskan dirinya sekiranya dia telah membuat janji kepadamu. Tapi aku tahu dia tidak menjanjikan apa2...kerana walaubagaimanapun...ikatan kami tetap wujud. Walaupun sukar untuk mempercayainya...aku tahu dia tidak memberikan janji2 kepadamu. Aku kecewa kerana kau sanggup memfitnahkannya...kau sanggup menconteng arang ke mukanya. APakah itu cinta yang kau megah2 kan?

Setelah apa yang terjadi...memang fikiran aku berkecamuk...namun sekarang ku menemui ketenangan. Kerana aku tahu...semuanya sudah tertulis olehNya...untuk menguji kita. Dan jika kita tidak melupakanNya...Dia tidak akan melupakan kita. Aku redha dengan apa yang terjadi. Dan aku bersyukur dugaan ini mengukuhkan lagi perhubungan aku dengannya.

Nasihat ku untuk kau...janganlah asyik sibuk menuding jari. Kerana 1 jari yang kau tudingkan ke arahnya itu...4 jari lagi menuding ke arah kamu. Tenangkanlah hati...rujuk kepada Illahi.

Cinta...timbul kerana keikhlasan...tidak meminta balasan...sedia membuat pengorbanan. Dan walau aral melintang...walau lautan badai menghempas dan menghancurkan...walau api membakar..aku tidak akan mengaku kalah. AKan ku bina semula segalanya walau bertahun lamanya. Kerana ku tahu...dia mencintaiku...sepenuh hatinya

0 Comments:

Post a Comment

<< Home