Saturday, July 09, 2005

Kehilangan...

Dalam 1 bulan lebih ni..banyak berita sedih yg aku terima. Berita kematian sudah ada 3.

Berita ini membuatkan ku terfikir sejenak. Hargailah mereka yang kamu cintai sebelum kehilangan mereka. Kerana ajal di tangan Tuhan...bila2 masa nyawa kita boleh diambil semula. Dunia ini satu pinjaman semata-mata.

Kasihan Andy...dalam 1 bulan banyak yang terjadi ke atas dirinya. Aku harap dia tabah menghadapi ini semua. Aku akan cuba berada di sampingnya untuk memberikannya sokongan yang diperlukan.

Aku mulai terkenangkan beberapa orang yang kusayangi. Tidak sanggup aku bayangkan bagaimanakah perasaanku jika mereka hilang dari sisiku. Ia bagaikan pisau yang aku menikam2 dadaku bertubi-tubi dan lama-kelamaan boleh membuatku sendiri mati...perasaanku akan mati. Seperti pernah terjadi.

Walau bagaimanapun...aku harus redha dengan qada' dan qadarNya. Kehilangan bukan bermakna yang hidup terus berhenti hidup. Kehilangan adalah salah satu dugaan Tuhan...yang ingin menguji umatNya agar senantiasa mengingatiNya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home