Sunday, July 24, 2005

Cinta berputik kembali

Jemput makan!
Sayangku dengan lamb stew nya
Yupz...kami kembali lagi!!
Semalam aku dan dia keluar untuk meraikan perhubungan kita yang telah 8 tahun lamanya. Walaupun ia lewat tapi aku rasa kita benar2 memerlukannya. Semalam merupakan sesuatu yang amat bersejarah bagi diriku. Semalam merupakan akhirnya satu mimpi buruk dan bermulanya sesuatu yang amat indah. Semalam....aku tinggalkan segalanya. Semalam...aku meneruskan kehidupan...bersama dirinya yg kusayang.

Semalam, cinta kamu berputik dan mekar kembali. Kali ini, ia tidak akan layu. Kali ini, akan kami pastikan ia sentiasa disirami kasih dan sayang sebagai baja agar cinta tetap segar. Akan kami tinggalkan segala yg telah terjadi. Pada dia, aku hanya di hati. Dan padaku, tiada yg lain melainkan dirinya.

Semalam, aku melangkahkan kakiku ke alam baru...ingin aku buktikan yg aku tabah dan rela melalui susah dan senang bersamanya. Walaupun aku khuatir pada mulanya yg peristiwa lama akan menghantuinya lagi, akan tetapi dia meyakinkanku bahawa perasaan itu sudah lenyap buat selamanya. Aku bangga. Aku bangga dengan diriku kerana sanggup menerima cintanya semula. Aku bangga dengan diriku kerana aku yakin dengan cinta ini. Aku bangga dengan dirinya kerana dia tabah menerima padahnya. Aku bangga kerana dia tidak berputus asa dengan kukuhnya cinta kita berdua.

Sekarang, kami tidak sabar ingin memulakan hidup bersama. Insya Allah...ia akan terkabul jua.

Selamat Meraikan Ulangtahun Perhubungan kami Yang ke 8, sayang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home