Wednesday, May 16, 2007

MAUT DI GUNUNG LEDANG

PEMBERIAN DAN PERMINTAAN TERAKHIR IBU, ANAK

Wang bulanan pemberian terakhir Allahyarham Rohaizam, digital kamera pemberian terakhir ibu

Oleh
Shamsul Jangarodin

SETIAP bulan Cik Siti Rohani Rabini tidak putus menerima wang belanja daripada anak sulungnya, Encik Mohd Rohaizam Tumadi.


Namun Rabu lalu, anaknya itu terpaksa menggunakan wang beliau untuk membeli kamera digital bagi dibawa ke perkhemahan bersama 130 kakitangan dan guru pelatih dari Institut Pendidikan Nasional (NIE) esoknya.


Cik Siti Rohani, 55 tahun, tidak menyangka wang bulanan lalu adalah pemberian terakhir daripada anaknya, dan kamera digital itu adalah pemberian terakhir beliau bagi anaknya.


Encik Mohd Rohaizam, 26 tahun, meninggal dunia apabila khemah yang dia berada di dalam dihempap sebatang pokok tumbang semasa ribut di kawasan Air Terjun Hutan Lipur Gunung Ledang, dekat Tangkak, Johor, sekitar 5.15 pagi semalam.


Jurucakap Polis Daerah Muar berkata Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian.


Menurut Cik Siti Rohani, seorang operator pengeluaran, perkhemahan di Gunung Ledang itu adalah sebahagian daripada satu program NIE yang bermula Khamis lalu.


Mereka ke Gunung Ledang Ahad lalu dan dijadualkan pulang ke Singapura semalam. Program NIE itu berakhir hari ini.


Allahyarham, lulu san Universiti Nasional Singapura (NUS), sedang menjalani latihan di NIE untuk menjadi guru latihan jasmani.


Menceritakan saat-saat menerima berita kematian anaknya, sambil menitiskan air mata Cik Siti Rohani berkata: 'Waktu itu saya baru nak solat subuh. Tiba-tiba telefon berdering. Saya fikirkan Zam, lalu jawab telefon. Seorang pegawai perkhemahan kata Zam cedera sedikit saja.


'Tapi sekitar 8 pagi mereka kata Zam dah tak ada.'


Anak sulung daripada tiga adik-beradik bakal menyambut ulang tahun ke-27 pada 11 Jun.


Bapanya, Encik Tumadi Jaafar, 55 tahun, seorang pegawai logistik, telah ke Hospital Tangkak pagi semalam bersama adik perempuan Allahyarham dan beberapa pegawai NIE untuk membawa pulang jenazah Allahyarham.


Menurut Cik Siti Rohani lagi, tahun ini kali pertama Allahyarham tidak memberinya hadiah hari ibu kerana beliau terpaksa menghadiri perkhemahan itu.


'Tiap-tiap tahun Zam pasti ada hadiah buat mak cik. Cuma tahun ini tak sempat. Dan sejak kebelakangan ini Zam senyap orangnya. Dia tak mesra seperti dulu.


'Dia pergi pun tak cakap sangat. Tahu tahu dia dah naik kereta kawannya. Tak sangka dia pergi dengan begitu cepat buat selama-lamanya,' ujar beliau.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/story/0,3617,96095,00.html?

Wednesday, May 09, 2007

Terima Kasih Daun Keladi

Pertama sekali ingin kuucapkan ribuan terima kasih kepada seorang rakan Multiplier di atas mesej yang disampaikan. Ia betul2 membuat diri ini berasa lebih tenang. Aku fikirkan ada cacat celanya dengan apa yang kulakukan...tapi setelah mendengar rintihan daripadanya yang mengatakan dia juga pernah terkena...aku rasa bersyukur kerana apa yang kulakukan bukan sesuatu yang bersalah.


Dah jadi adat, ada yang menang ada yang mengalah. Dan di sini aku rasa tenang dengan mengalah kerana aku tahu aku benar. Pada mulanya aku rasa risau, apakah yang kulakukan ini tidak betul...tapi kemudiannya aku sedar yang ini mmg lumrah. Dan mesej dari rakan baharuku ini juga menenangkan jiwaku yang menggelodak resah. Kasihan juga dia kerana telah melaluinya juga.


Natijahnya, kita belajar daripada kesilapan. Jangan lakukannya lagi. Yang penting kita ikhlas, jujur dan nawaitu mesti baik. Insya Allah, Tuhan akan memberkati apa yang kita lakukan.


Terima kasih daun keladi sekali lagi kepada rakanku ini. Rupanya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi, aku dapat buat kawan baharu di Multiply!


**Kpd rakanku itu, kau tahu siapa dirimu. Semoga kita belajar dari kesilapan ini. Mulai sekarang, kita pergi Geylang je sudah..hehehehe**

Saturday, May 05, 2007

Hatiku luka

Tak sampai berapa minggu yang lalu aku disambut dengan berita gembira...kini....aku dibiarkan kekosongan.

Zuriat yang kunantikan lenyap begitu sahaja...

Aku disahkan ada penyakit GTD...di mana janin tidak dapat dibentuk lalu menjadi tisu-tisu yang banyak. GTD ini adalah sejenis barah. Jadi aku terpaksa dicuci. Dan aku harus diawasi doktor setiap bulan sehingga taraf HCG aku sudah kurang atau negatif. Kalau tidak aku harus menjalani chemotherapi.

Kesedihan akibat kehilangan sesuatu yang sudah lama dinantikan harus kuketepikan dahulu kerana buat masa sekarang, aku harus memberi perhatian kepada kesihatanku. Aku harus pastikan aku bebas barah itu.

InsyaAllah kalau semua berjalan lancar, aku boleh cuba lagi selepas setahun. Doakanlah kesihatanku....