Wednesday, March 30, 2005

Gegaran

Gegaran kali kedua
Semua bertempiaran...takut kehilangan nyawa
Peristiwa lama berdarah kembali
Bagaikan parut lama membasah dan buka semula

Riuh rendah
Ketika itu...harga sebuah nyawa tidak ternilai
Lari...sembunyi...
Namun gegaran bagaikan ular yang mencari mangsanya
Tidak boleh lari...tidak boleh sembunyi
Kasihan mereka

Tangisan kedengaran semula
Belum pun ia kering daripada peristiwa pertama
Kesakitan terasa lagi
Belum pun ia pulih daripada hemtaman pertama
Kasihan mereka...kasihan mereka

Kain yang baru hendak memutih...
Dicemari merah darah mengalir
Basah....

Kasihan mereka....kasihan mereka

Sunday, March 27, 2005

Lemah longlai

Sakit sana sakit sini
Tenaga sumer dah cabut lari
Sengkang mata sampai ke pagi
Nak semak dan juga buat RP

Bawah mata dah mula hitam
Tanda tak cukup tido malam
Apa tidaknya kerja bermacam
Kalau ingatkan tido tak tenteram

Dulu riang sekarang sayu
Dulu segar sekarang layu
Dulu gembira sekarang pilu
Dulu tenaga sekarang lesu

Tapi bila ingatkan bebudak
Hati senang tidak teragak
Walaupun ada yg mcm hendak sepak
Tapi aku sayang jugak

Pelbagai karenah hendak dilayan
Ada yang mcm mulut tempayan
Ada pula perangai setan
Ada jugak tak buat tugasan

Walau begitu aku bertekad
Tidak akan putus semangat
Tanggungjawab akan ku angkat
Semoga ia membawa berkat...insya Allah

Monday, March 21, 2005

Pemantauan dari cikgu Saeda

Hari ni Cikgu Saeda datang untuk observation. NERVOUS!! Smalam dah lah tido lewat...buat persiapan dengan tugasan individu Cikgu Saeda...harap2 hari ni takder apa2 kesilapan. Nantikan ceritanya kejap lagik biler aku balik rumah ye...heheheheheh

Maaf skrg baru nak update. Heheheh.

Ok...so cikgu saeda dtg observe kelas 2NT. Kelas yg amatlah baik. Hahhaahha. :P

Set induksi aku nak dorang dengar lagu Taufik Batisah...lagu Ibu. Tapi speaker yg aku bawak leh tak werk lak masa tu. Den dah nervous ah..nak pinjam radio ada cikgu lain pakai. So last resort..........aku kena nyanyi lah. Nak tutup suara aku yg tak sedap ni...aku suruh lah bebudak nyanyi bersama....MISTAKE #1!!! Habis budak2 rosakkan lagu. Dorang ada nyanyi lagu lain pun ada....sigh

Langkah 1- Aku berikan dorang Scenario. Dorang kena choose between nak masuk pertandingan Idola Singapura ataupun teruskan pelajaran. Pasal pertandingan tu clash ngan exam. But to prevent dorang sumer sama. Aku buat 2 group choose pertandinga...2 choose pelajaran. MISTAKE #2 - tu bukan PBL lagi lah namanya.

Langkah 2- Budak2 discuss n buat. Bising nak mampus. Suara aku dah mcm tikus....MISTAKE #3.

Langkah 3- Presentation. Bagus ah budak2 present. Ada yg berikan komen lagi. Dan ada mcm small debate. Bagus. Tapi bahasa tu kasar...so aku kena betulkan lah. PLUS POINT!! Hehhehe.

Langkah 4/Penutup- Aku buat komen tentang persembahan dorang. Den aku buat rumusan n give tugasan pengukuhan. Oh btw...aku was way beyond the time limit MISTAKE #4. Tapi cikgu saeda so baik...she still give me a plus for lesson closure. :)

So overall I got mostly B. Cuma part management dpt C. Professionalism aku dpt A.

She was so understanding. She really made me feel good abt myself. Mcm aku tahu aku dah cock up..but she puji me for my effort nak initiate critical thinking n stuff. So overall I was happy. Hehehhe

Saturday, March 19, 2005

Gajah sama gajah berjuang...pelanduk mati di tengah-tengah

Tulah perasaan aku skrg. Aku ni umpama pelanduk yang mati di tengah-tengah. Dua-dua degil. Dua-dua nak menang. Yang kena AKU!

Mana nak jadik anak yang jaga hati mak....mana nak jadik kakak yang tolong adik....mana nak jadik tunang yang senangkan hati. Pasal dorang aku yang merana.

Mak....nak kena ikut cakap dier jer. Takleh ckp TAK BOLEH. Nanti dier bingit! Mesti cakap SUMER BOLEH baru dier suka. Kalau tak..muka bonyok macam tapai basi. Aku jadi bahan lepas kemarahan buat berminggu-minggu. Orang lain nyer salah pun aku kena jugak. Susah betul lah nak jaga hati dier.

Adik...dier nyer duduk satu korner relak. "Aku penatlah kerja" Tu jer alasan dier slalu. Apa...kakak dier ni robot kappa. Suri rumah kappa kat rumah ni. Tak gi kerja...tak penat...takder tugasan nak buat. Tolong memang boleh tolong ah...aku tak kisah lah tolong orang...aku suka tolong orang lagik ada. Tapi biler kiter tolong...dah penat2 tolong jugak...lepas tu tgk orang yang empunya tu duduk rilek jer....siapa tak sakit hati seh. Dier duduk mcm boss...kirakan kakak dier ni apa? SOCHAI?! Kalau tegur tak terima. Konon dah cukup besar dah cukup bagus ah. Tak yah nak ditegur lagik. Tapi biler dah ada masalah...baru lah sibuk carik kakak. Susah lah aku nak cakap.

Tunang...lagik satu keras kepala. Dah tahu mak aku camtu..lagik nak kasi dier bingit. Dah tahu adik aku camtu..lagik nak tegur cara camtu. Dier ingat ni mcm keluarga dier ker. Lain orang lain ragam ah...jangan nak samakan sumer lak. Habis salah kau aku yang kena. Orang lain makan nangka orang lain tau kena getahnya. Kesian lah sikit kat tunang kau ni......dah bertahun hidup kena jadi bahan lepas geram orang. Takder hati perut ker? Kalau susah pun nak tolak ansur ngan dorang...sekurang-kurangnya kesiankanlah tunangmu yang satu ni. Aku ada cara aku sendiri mcmana nak menangani masalah keluarga aku. Jadi tolong respek leh tak?

Susah susah.............hai.......

Monday, March 14, 2005

Bingit nya.....!!!

Hari ni leh kena cirit birit pasal semalam makan makanan yang nak basi kat kenduri. Dah 5 kali masuk toilet. Sakit perut sangat. Nak makan pochai takder lak tu. Habis ada jer lain nak jadi.

Ada jer orang nak carik pasal. Dah lah sakit. Bisa perut. Itupun nak carik pasal jugak. Memang takder hati perut lah manusia2 ni. Bingit seh. Kenapa aku slalu ajer kena buli ngan orang. Mentang2 aku kecik...aku diam...korang buli2. Aku sakit aku diam. Aku bingit aku diam. Janganlah kacau kalau takleh handle aku nyer blow up.

Peng seh!! Dah kacau baru rasa puas ah. Aku jugak dipersalahkan. Aku jugak dituding jari. Aku lah ni. Aku lah tu. Sumer salah aku. Yang kau jolok sarang tebuan tu kenapa?! Lepas tu takleh nak handle...kau salahkan aku!!

Apa lah nasib. Sakit perut. Sakit hati. Sakit tangan. Sakit badan. Nak kena buat esei ni!! Camna nak buat. Biler nak buat jer sakit perut masuk toilet lagik. Argh!!
BINGITTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

Saturday, March 12, 2005

Wooohoooo

Cuti skolah sudah tiba!! Boleh lah rehat buat seminggu. Tapi kena buat rancangan pengajaran jugak lah.

Hari ni Burger Bundle Day..tapi ada 3 orang jer. Pathetic!! Dah penat2 kita tukar plan..lepas tu orang tu tak jadi pegi. Hai budak Hastut ni...kau ni memang tut lah. Kalau tak kiter dah pegi NIE duduk kat library sana.

Jadik tukar lah rancangan. Nak pegi perputakaan kat Woodlands lah pasal sana besar kan. Leh lah cari bahan2. Sebelum tu...makan dulu. Aku, Lat ngan Hanim. 3 minah jer. Tapi takper.

Besok lak nak tolong pakcik si Andy tu pindah. Jadik 2 hari lah aku relak. Hahahha...Isnin baru mula kerja lah.

K...lapar ni. Nak pegi alas perut dahulu. Makan besar dengan kengkawan. Smoga ketemu lagik.

Monday, March 07, 2005

Minggu ketiga di skolah

Minggu ketiga di skolah berjalan lebih lancar sedikit. Dah tahu dah tak boleh buat rancangan pengajaran yang stylo mylo. Satu aktiviti jer boleh dijalankan...walaupun ada 2 period. Takperlah..asalkan rancangan pengajaran tercapai. Hari ini..kesemua RP tercapai kecuali 2NT kerana Kefahaman Mendengar yang patut dibuat tu sebenarnya telah dibuat oleh pelajar. Terpaksalah tukar plan B.

Hari ni pertama kali berjumpa dengan 4NA. Seram sejuk..tapi semuanya ok. 2NT hari ni bising sikit dari selalu. Geram dibuatnya. Besok akan suruh mereka stayback sebagai hukuman. Mesti kena marah jugak ni.

RP dah habis dibuat cuma kena rombak 2NT.

K lah....selamat berjumpa lagik.

Saturday, March 05, 2005

Sibuk...banyak kejer...argh!

Dah lama tak tulis ni. Tadi keluar gi Plaza Singapura. Dapatlah lepaskan stress sikit. Minggu kedua skolah ni teruk ah. Sakit...bebudak degil...bising2...takleh marah sgt pasal tekak. Buat aku fikir tentang kenapa lah aku pilih untuk mengajar. BUat susah diri jer. Tu satu hal. Hal lagik satu lak pasal cikgu yang buat perangai. Nama jer cikgu..tapi perangai sungguh tak macam cikgu. Hipokrit! Dah lah suka marah bebudak tak tentu pasal...ngadu ni kat CT aku yang aku tak lakukan kerja dengan sempurna. Kata aku biarkan jer bebudak tu tak buat kejer. Padahal dorang buat Art. Penipu..pembohong. Dah lah hempas pinti kelas bila aku ada kat situ. Biadap punya cikgu!! Nama jer cikgu. Tapi adab pun tak ada. Sudah lah..orang cam ni leh pegi blah!

Harap2 minggu depan ok lah. Kalau tak nanti bila ada pemantauan habislah aku. Insya Allah takder apa2. Amin.

Thursday, March 03, 2005

BINGIT!!!

Batuk....selsema........tekak gatal.............suara takder.......kena ajar bebudak degil.............


Bingit sangat!!!!