Friday, October 28, 2005

Penantian...memang satu seksaan

Di dalam staff room.....bosaaaaaaaannn!!! Hari ni hari terakhir di sekolah. Ada kena jumpa ibu bapa mereka nak bincang pasal kelakuan atau prestasi anak mereka di sekolah. Ada lagi 1 atau 2 pelajar. Arghhhh!! Lepas tu Mis mintak temankan ke 3N4 jumpa ibu bapa 3 pelajar Melayu yg aku ajar ni.

Penat seh tunggu menunggu ni. Kalau bukan bulan puasa ok jugak. Leh gi makan...hehehehe. Ni tunggu jer. Menghadap laptop tapi tak tahu apa nak buat. Dengar radio pun boring....lagu raya ada...tapi DJ punya colok banyak seh. Bingit.

Hari ni nak buka rumah si dia. Yelah...dah brape hari asyik buka di rumah aku jer. Ntah si Mis ni betul2 nak gi bazar ramadan ke tidak pun aku tak tahu.

Aduh!!! BOSANNYAAAAAA!!! Budak2 dah balik...dah enjoy....kita guru2 duduk kat skolah. Bebudak lain dah holiday...kiter masih kena datang. So boring.

Aku tak sabar menanti kehadiran Hari-nya!! Skrg ni masih sibuk fikir pasal perkhemahan. Nasib baik edusave dah settle. Tshirt dah settle. Trophy dah settle. Cari pemudahcara dah settle. Cari pengendali bengkel masih lom settle ni. Aduh!!!

Wednesday, October 26, 2005

Ghairah sakan

Tadi balik aku periksa peti surat aku. Ada surat dari HDB lah!!! Surat nak beritahu kiter tentang biler kiter kena turun HDB. Wah...tak sangka seh. Dah ada rumah sendiri. Nak kena beli barang2 sendiri. Sumer kena buat sendiri. Takperlah. Pelan2 buat.

Smalam lagi klakar. Pegi beli katil ngan meja makan!!!! Hahahahhahaha.....sungguh tak disangka sekali. Rumah lom boleh masuk....dah beli. Tapi takper..sekurang2nya dah 2 benda tak yah nak fikir lagik. Masih ada lagi benda kena beli. Tapi pelan2 lah. Yang mana perlu didahulukan akan didahulukan dulu.

Rasa tak sabar nak tinggal dalam rumah tu. Nak gelar rumah tu...rumah kami. Takper...lagi sebulan lebih jer. Yaaaaaaaaayyyyyyyyyyyyyy!!!

Tuesday, October 25, 2005

Taman Warisan Melayu

Pegi ke sana bawa Menengah 1. Aku kena jaga 1N dan 1T lakz. Tapi ok lah. Boleh pulak aku handle. Tapi sungguh mengecewakan. Kat sana takder lah banyak benda. Mungkin pun pasal aku sibuk jaga bebudak. Tapi masih mengecewakan.

Apa tak nya. Nak lestarikan budaya dan bahasa Melayu..tapi tak dikendalikan dalam bahasa Melayu. Padahal semua pelajar adalah pelajar Melayu. Org lain boleh tutur dalam bahasa dorang kalau ada apa2 acara...kiternya orang sibuk nak mengampu kat orang lain. Semua dialihbahasakan. Rancangan ikut rentak dorang. Dorang....ada ker ikut kiter. Cuba faham kiter. Takder apa. Sedangkan sambutan Hari Kebangsaan di Marina South tu dah bukan macam sambutan Hari Kebangsaan. Tapi sambutan hari dia. Dalam bahasa dier lagik.

Ni bukan nak tunjukkan kebencian ataupun nak mengutuk sesapa. Tapi bukalah mata wahai sedara2 oi. Asyik syok dengan kesenangan sendiri...tak peduli pun kalau bangsa kena tindas. Yelah...cara pemikiran pun dah berubah apa...."Asalkan aku dah senang...buat apalah nak sibuk2 pasal org lain"

Kalau camni...saper nak pejuangkan bangsa?? Saper nak jadi pecinta bahasa dan budaya?

Saturday, October 22, 2005

Dah dapat!!

Tadi pagi makcik aku telefon. Dia kata yang rumah yang aku dengan si dia suka dan ingin beli itu tuannya sudah setuju nak jual pada harga yang telah kami tetapkan. Alhamdulillah. Lama aku tunggu. Akhirnya impianku tercapai jua. Sekarang ni nak kena fikirkan soal nak ubahsuai rumah tu pula. Kalau nak ubahsuai pun tak banyak lah belanja. Cuma nak pasang tembok, buat lantai dan perabot dapur. Yang lain semua masih baik. Oh...nak cat lagi.

Kejap lagi aku nak bawa mak aku gi tgk tu rumah. Harap2 dia suka. Mana tak. Dekat dengan rumah adik aku. Cuma tak lah dekat sangat jadi takdelah nanti dier 24jam menanguk kat rumah aku..heheheheheh.

Tak sabar betul nak selesaikan hal rumah. Dah selesai nanti. Boleh lah fikir soal persiapan pernikahan pula. Alamak!! Hal perkhemahan pun lah...............

Thursday, October 20, 2005

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Peperiksaan dan penyemakan OK. Tidak ada masalah. Pemarkatan juga berjalan dengan lancar. Sekarang ni sibuk buat persiapan untuk perkhemahan yang akan diadakan pada bulan November. 23, 24 dan 25 Nov.

26 dan 27 Nov pun aku ada hal.

Kemudian 28 Nov ada Graduation Dinner untuk Men 4N/4E/5N. Mis pergi..jadi aku pun pergi lah.

Kemudian baru lah boleh betul2 berikan tumpuan yang sepenuhnya kepada hal yang terpenting sekali. Aduh....harap semua akan berjalan dengan lancar.

Sekarang ni sebenarnya aku sahaja nak mengisi masa. Sedang mencetak keputusan anak murid aku dan sistemnya tersangatlah lambat. Jadi sambil menunggu tu aku tulis blog ni.

Aku baru teringat aku kena amik passport kat Lavender. AKu rasa hari Sabtu boleh lah. Habis nak pulangkan buku yang aku pinjam kat perpustakaan lagik...dah lama dah. Habis saman naik.

Hah! Dah boleh buka pun fail nya. Ok..sambung balik kejer!

Thursday, October 13, 2005

Nak sakit.....

Alamak..mata dah merah lakz...ni yang tak best. Badan pun rasa mcm nak demam. Belum habis semak lagi ni. Masih ada karangan bagi 1E, 2E dan 3N. Kalau boleh nak habiskan 1E dan 2E tapi dengan mata camni....leceh lakz.

Tadi makcik aku telefon sampaikan berita buruk. Rumah yang aku nak beli tu penjualnya dah naikkan harga. $388k!!! Mana nak cekau duit!! Melampau!!! Baik aku beli kondominium. Nampaknya bukan rezeki aku ngan dier lah nak beli rumah tu. Kena carik rumah lain.

Tadi adik aku telefon lakz...dier sampaikan berita yang mencemaskan. Skrg ni tgh gelisah dan tak tentu arah lah risaukan dia. Bila telefon si dier...dier leh terslenger bacin lakz tetapi lepas aku beritahu lagik..baru dier tersedar akan keburukan berita ini. Aku harap adik aku takder apa2 lah.

Skrg ni aku rasa aku nak tido lah...kertas ujian pun takleh semak. Habis hati tak tenteram fikirkan pasal adik aku. Badan pun macam nak sakit. Tido sudah..hehehe....

Monday, October 10, 2005

Banyak kejer..

Ni dah kena semak kertas ujian yang belambak. Tapi Alhamdulillah..dah habis Kertas 2...kena buat Kertas 1. Tu lah yang payah sekali...hehehehe.

Takper....mesti kena tahan...mesti kena teruskan perjuangan!!

Thursday, October 06, 2005

Sesungguhnya aku berpuasa....

Aku dah lah penat. Semalam kertas ujian Melayu ada masalah. Untuk kelas 1N, mereka tak kepilkan kertas soalan dengan kulit mukanya. Dah aku ngan Mis kena buat sendiri. Nasib baik bilangan pelajar tu takder lah ramai sangat.

Lepas tu hari ni, walaupun bukan salah aku, tapi mungkin aku boleh dipersalahkan. Aku patut kena masuk kelas 1T1 pada pukul 12-12.20 untuk memantau kelas mereka sewaktu peperiksaan ART. Bila aku masuk..budak2 dah balik!! Terkejut aku. Lepas tu ada yang kata..yelah..cikgu letak situ 10.20-12 apa. Terkejut seh. Padahal aku letak 10.20-12.20. Rupa2nya guru yang memantau kelas tu sebelum aku pandai2 tukar masanya. Dia kata, budak2 dah bosan duduk lama sangat. Lagupun mereka dah habis. Eh eh...biarlah..yang kena memantau aku per.

Lepas tu aku rasa dier tak kumpulkan kertas ujian tu satu persatu daripada murid2. Murid2 yang hantar kat dier. Apa jadik?!!! Ada 2 kertas ujian HILANG!!! Dan sepatutnya dier tak boleh lepaskan bebudak itu sebelum semua kertas ujian sudah dikira betul. Aku punya lah bingit! Pasal aku yang patut bertanggungjawab dalam mengumpulkan kertas2 tu.

Cari punya cari...tak jumpa2. Tong sampah sumer cari. Jumpa satu kat tong sampah. Budak tu buang. Lagik satu, aku telefon rumah dier tanya mana. Dia cakap dier buang pasal dah terkena air. Kepala otak lah. Dier cakap dier dah beritahu cikgu tu tapi dier buat bodoh jer. Alamak...lagik bingit lah aku.

Memang ah dua2 budak ni badigol samdol...tapi sebagai pemantau, kita patut bertanggungjawab untuk memastikan kesemua kertas ujian dihantar. Punyalah pemalas sikap dia.....alamak...nanti dier yang salah..aku yang dipersalahkan pasal aku yang patut kumpulkan tu kertas ujian.

Nasib baik lah Mis tadi pun ada turun tolong. Kalau tak..mesti aku dah hilang kesabaran. Dah aku marah agaknya cikgu tu. Geram seh. Nak buat kejer senang, tapi akhirnya susahkan org.

Aku ngan Mis adukan perkara ini kat Nuraini. Yelah, takut nanti aku yang kena. Maklumlah, memanglah kerjaya guru ni satu kerjaya mulia, tapi perangai sesetengah guru dah seumpama pencuri dan penyangak. Mana yang tikam belakang, mana yang nak makan rakan seperjuangan sendiri....ingatkan kerja sebagai guru ni senang sikit. Rupanya teruk jugak.

Aku betul2 tak suka dengan kerjaya ni pasal ni lah. Mana nak kena membodek, nak kena makan kawan, nak kena ada lawan, dan macam2 lagik. Patutnya sebagai seorang guru, objektif hanya satu sahaja...untuk membentuk insan yang berilmu dan berhemah tinggi agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat. Dan dengan itu, tugas aku adalah, untuk mengaja dengan baik. Bodek membodek tak main ah beb. Aku bukan camtu. Kalau sampai kau nak kacau periuk nasi aku pasal aku tak bodek, boleh blah lah.

Aku rasa lepas 3 tahun ni, aku nak jadi bos sendiri lah. Tak suka aku kerja membodek. Dah macam zaman feudal lakz nak bodek2. Yang untung saper....org atasan..bukan orang macam kiter!!

Wednesday, October 05, 2005

Jari jariku sakit semua...

......kerna bekerja hari2. Menaip EPMS tak sudah2..
membuat perancangan bagi kem bahasa...

Dah penat2 camni pun leh mengarutz!

Hari ni aku pun takder mood. Rasa penat, takleh focus dan marah.

Harap2 ni sumer akan berlalu.....

Monday, October 03, 2005

Dugaan demi dugaan

Kat skolah banyak tugasan yang diberikan last minute. Kat rumah pulak....dengan masalah2 tertentu. Sana sini banyak masalah. Berat betul nak tempuhi. Aku rasa kalau berterusan camni...leh kurus balik lah. Nak makan tak lalu...asyik fikiran jer.

Skrg ni rasa mcm nak lari dari ni sumer. Tapi aku tahu....takkan dapat aku lari ke mana. Mesti kena tempuh juga.

AAAAAAArrrrrrrrrrrgggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

Sunday, October 02, 2005

penantian....

dah pukul 5 tak sampai2. orang kata penantian tu satu siksaan. betul lah tu. ni bukan braper jam ajer yang aku tunggu. dah 8 tahun aku tunggu. citernya sebenarnya ni...keluarga si dia akan ke rumahku untuk berbincang pasal pernikahan kami. harap2 sumer berjalan dengan lancar.

semalam siang aku patutnya pegi ambil gambar dengan Lat, Za dan Hanim. Tapi pasal ada pelancaran album Hijrah dari Madrasah Aljunied...aku temankan si dia ke sana. kesemuanya berjalan lancar. cuma kuli album yang dia desain tu ada beberapa kesalahan pencetakan. takper lah...ambil ini sebagai iktibar.

lepas tu, pegi Salam Lebaran kat Mediacorp. Ok lah persembahan mereka. Yang paling gerek Mahadi Syor dan Ahmad Stokin yang tak habis2 buat penonton tak kering gusi. Lepas makan malam sikit, terus balik. Penat ah. Nak amik gambar ngan artis2 pun malas.

Hari ni masih terasa penat dier. Macam nak tido jer skrg...tapi keluarganya dah kluar rumah.....sekejap lagi tibalah...

Saturday, October 01, 2005

3 pagi....

Pukul 3 pagi..........

Sukar hendak lena.....

Fikiran menerawang jauh......

Hati gusar.........