Wednesday, November 30, 2005

Tamat Kursus

Dengan tamatnya kursus ku....ku telah membuat 2 sajak
Grp Photo
Candid

24 Jam

29.11.2005
Kami berkumpul di MRT Queenstown
Berpandukan peta yang tidak seberapa
Kami terkapai-kapai mencari arah
Muncullah apek bersenam menerangkan mata

Berjalan kami merentasi longkang
Panjang...Dalam
Semua bersorak kerana
Sangka kami tiba sudah ke destinasi

Terperanjat!
Mengapa kosong, sunyi, sepi?!!
Rupanya tersalah bangunan dah....

Kamu menoleh 90 darjah ke kanan
Di situ rupanya...
A106 di mana ya?

Terlihat 2 jejaka berdiri di depan
Pasti itu tempatnya
Kata salah seorang, "Teaching ML Grammar?"
Sambil ibu jari memberi arah

Melangkah masuk, kami terpaku
Berkaca mata, rambut putih dimamah usia
Oh! Encik Gani gelarannya

Lagu Boyan, Lagu Jawa
Lagu Minang...tak henti ketawa
Baru ku sedar lagu banyak fungsinya
Bukan hiburan semata-mata
Boleh mengajar tatabahasa

24 jam hampir genap
Ilmu yang dibekalkan kepadaku
Lupa-lupa ingat...Jangan ingat-ingat lupa!!!


Seloka 24 Jam

Selasa lepas bangun pagi
Kerana hendak pergi kursus
Tempat pula tak tahu nak pergi
Jalan punya jalan, tekak naik haus

Sampai ke sana sudah lewat
Hampir-hampir kena denda
Kami jalan penatlah sangat
Ke salah tempat pun ada juga

Cikgu Gani Cikgu Selamat
Fasilitator buat empat hari
Mereka ini gereklah sangat
Buat kita tak kering gusi

Mereka mengajar tatabahasa
Untuk kita guru yang muda
Banyak lagu didengar pun ada
Boyan, Minang dan juga Jawa

Puteri Harapan kumpulan kami
Empat wanita yang cantik jelita
Untuk slogan pula diberi
Indah bangsa kerana bahasa

Cikgu Gani bijak laksana
Slaid-slaidnya power belaka
Lagu dangdut kegemarannya
Ke Tanjung Pinang beli buku, betul ke?

Cikgu Gani membawa anaknya
Sebagai pembantu kepada si bapa
Mengambil gambar itu kerjanya
Memadam papan tulis dengan thinner??

Cikgu Selamat kecil orangnya
Tapi tinggi budi bahasa
Senyuman sentiasa terpapar di muka
Membuat hati riang gembira

Sekian dahulu persembahan kami
Puteri Harapan mengundur diri
Salah silap harap dimaafi
Semoga kita berjumpa lagi

Sunday, November 27, 2005

Pesta Raya 2005







More photos at Teater Tari ERA fotopages....soon....
http://teater-tari-era.fotopages.com

Wednesday, November 23, 2005

Kem Bahasa 2005-Hari Pertama




Alhamdulillah sumer ok. Ada kegencotan sikit tapi dapat dileraikan. Bebudak pun ok lah tak banyak masalah.

Burger Bundle Gang Berhari Raya - Part 2

Hari ni..kiter ke West side lakz.

Rumah pertama, rumah baru Tut lah. Cantik rumah dier. Baru pindah semalam. Hehehehe. Dapat makan Laksa Goreng. Sedaaaaaap. AMik2 gambar. Maklumlah..hari ni bawak kamera BESAR...jadi mestilah digunakan dengan sepuas-puasnya.

Rumah kedua, rumah aku lah. Tut takut nak masuk...hehehehe. Dapat makan bubur dan dapat tgk cincin kawin aku. Amik gambar lagik.

Lepas tu gi amik Lat ngan Ziqa kat Jurong Pt. Kiut si Ziqa pakai tudung.

Rumah terakhir, rumah Ihah. Dapat makan tart strawberry yang enak sangat. Amik gambar sebanyak-banyak tidak. Lagi2 bila Ziqa dah hyper jadi dier bergambar sana sini.



Last amik gambar kat kreta Tut. Mesti mau tunjuk...hehehehe.

Hantar Za ngan Hanim ke Yew Tee MRT lepas tu Lat ke rumah. Aku dan Tut last. Maklumlah, Tut dah tinggal Bukit Panjang sekarang. Selamat Datang ke Kampung aku Tut!!!

Hanim...bila Hanim nak compete?!!! Hehehehe

Monday, November 21, 2005

Tinggal satu

Dah slamat pun 1 beban....budak2 Malay Drums dah habis persembahan untuk Perjumpaan Hari Raya di Zhenghua CC.

Tinggal lagi 1 beban yang teramat sangat iaitu Kem Bahasa 2005 minggu depan.

Lepas tu, barulah aku boleh buat persiapan untuk hari pernikahan aku. Buat masa skrg, satu apapun lom buat. Stakat beli cincin jer. Argh!!!

Tuesday, November 15, 2005

Sungai Buloh

Tadi pegi Sungai Buloh. Itulah kali yang pertama. Selama ni asyik nak pergi, si dia tu asyik tangguh jer. Akhirnya tercapai juga niatku ini. Bila dengar jer dapat ke Sungai Buloh, apa lagi, dengan serta merta aku minta si dia pulangkan semula kamera digitalku. Maklumlah, dah lama tak pegang tu kamera, dah tak tahu nak gunakan agaknya. Asyik si dia jer yang gunakan.

Aku dah bersiap sedia untuk mengambil banyak gambar...malang nasibnya...masa terlalu suntuk. Oleh disebabkan bas tiba ke sekolah lewat, kami pun tiba di sana lewat (9.30pagi). Kami ada sehingga pukul 11pagi untuk berjalan. Mana cukup!!! Mana nak jalan2...mana nak ambil gambar...mana nak menikmati keindahan kurniaan Tuhan.

Sebab itulah bila pulang aku minta si dia bawa aku ke sana lagi. Dia pun setuju. Jadi nanti bila cuti sekolah, bolehlah aku ke sana lagi. Masa cuti percuma lagi. Boleh lah betul2 rehat di sana. Boleh lihat pohon2...boleh lihat haiwan2. Bukan macam hari ni, kata ada monyet...satu monyet pun tak nampak. Burung ada lah sikit2...nampak dua cicak besar dan juga nampak 2 tupai. Yang lain binatang kecil2 seperti rama2, semut dan dragonfly.

Harap2 nanti lawatan yang kedua dapatlah lihat yang lain. Mereka kata ada buaya...manalah tahu nasib aku baik dapat jumpa!!!

Water lilies and a pair of dragonflies
Beautiful flower
Close up
lizzie
mangrove
some faraway birds

Burger Bundle Gang berhari Raya!

Walaupun sibuk...walaupun penat...
Kesemua anggota BBG dapat meluangkan masa untuk bertemu dan berhari raya

Rumah pertama di rumah Lat
Maaf ye aku terlambat
Pergi Plaza Singapura lah
Sempat beli cincin nikah...hehehe

Lat's house

Rumah Hanim rumah kedua
Tidak sabar untuk ke sana
Pasal semua laparlah sangat
Nak makan Mee Hoon yang lazat


Hanim's house

RUmah terakhir rumah Zalifah
Kalau kat sana mesti meriah
Dengan mak dia yang sangat ramah
Sampai lambat balik rumah...heheheh


Za's house

Itu sahajalah rumusan untuk jalan raya episod pertama. Episod kedua kalau aku rajin aku buat lagik ye....hehehehe.

Friday, November 11, 2005

BINGIT SIAK!

Aku tak pernah nampak orang begini rupa lah eh. Sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia boleh mencapai apa yang dia hendakkan.

Sanggup bohong seh.

Rabak siak.

Camni punya orang pun boleh jadi cikgu.

Sunday, November 06, 2005

Celaru lakz

Semalam jalan raya dengan keluarga dia. Pergi rumah Atuk2 dan Nenek2. Perut lapar tak terhingga. Maklumlah...orang tua manalah larat nak masak memasak. Terpaksa balik sekejap makan mee soto Mak aku. Kemudian sambung balik jalan.

Aku pun tak tahu balik kul braper. Aku rasa macam masa tu jalan dengan lembab sekali. Mungkin sebelah dia tak banyak sedara perempuan jadi aku rasa macam bosan jugak ah. Lepas tu fikiran aku asyik menerawang jer. Yelah...sejak2 ni kan aku ni mmg lah banyak fikiran. Makin nak menjelang harinya, makin risau pulak dibuatnya.

Aku tak beritahu dia apa yang mengusik jiwa aku ni. Selalunya kalau aku beritahu, bukan makin tenang, tapi makin gusar. Semalam dia pujuk aku suruh beritahu dia. Macam betul jer member nak memahami lah, mendengar lah. Tapi bila aku beritahu sama juga kesannya. Buang current jer.

Ntah macamana eh nanti dah berumahtangga. Aku rasa mcm nanti aku tak puas hati pun aku diam jek. Kalau cakap lagik buat sakit hati. Aku ni memang gini...kalau marah ke tak puas hati, aku akan mendiamkan diri. Kirakan macam withdrawal syndrome ah. Hahahah. Tapi diam-diam aku camni pun tak bagus. Bagai gunung berapi yang beribu tahun tak meledak, nanti kalau dah meledak habis...hancur...musnah.

Mungkin buat masa sekarang, aku memerlukan dia untuk memenangkan fikiran aku. Selalu memberikan kata-kata yang boleh melegakan hati aku. Buat masa ini, dia sungguh tak buat demikian!!!

Friday, November 04, 2005

Selamat Hari Raya

Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa
hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali
Terbayang senyuman di wajah nan
sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Doamu teriring
selalu
Menyambut anakmu kembali

Sedang dengar lagu yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah di bilik guru. Baru habis buat kerja-kerja tertentu. SELAMAT HARI RAYA!!! MAAF ZAHIR BATIN!!

Semalam raya yang pertama. Macam biasa, pergi rumah nenek dan Wak Nab aku. Hari pertama selalu tak seberapa. Datang, makan, relek, balik.

Malam si dia datang untuk tolong aku bawak barang2 kat rumah adik aku. Maklumlah, dah nak pindah bulan DIsember...hehehehe.

Hari ni bangun lambat sikit pasal semalam aku tidur lambat. Hehehe. Hujan lagik melembapkan suasana (melembab dan melembap). Lagi 2 jam dah leh balik. Lepas tu nak jalan hari raya lagi. Asallah bukan hari Sabtu. Leceh betul. Penat seh. Balik nak tidur jer.

Takperlah. Jalan jer lah. Besok nak jalan dengan keluarga si dia lakz.

Smalam masa bermaaf2an, aku teringatkan sesuatu yang betul2 menghancurkan hati aku. Ye aku dah maafkan, tapi lupakan....susah sekali. Dan satu hari tu lah aku rasa sedih dan marah2. Cuba nak selindungkan...tapi tak tahu berjaya ke tak.

Takperlah. Orang kata...segala luka dan duka akan hilang ditelan masa. Buat masa sekarang, tidak sekali.