Sunday, July 31, 2005

Persiapan untuk pernikahan

Hahahha...lom lagik dpt rumah dah fikir macam2 nak buat. Baju untuk nikah dah beli. Untuk sanding pun dah beli..hehehehe...tinggal nak tempah jer. Warna lom leh bilang ah...nanti ada jer yg copycat...heheheheh.

Skarang ni..mentang2 dah suka sgt dengan Senja Grand tu...asyik lepak sana jer. Rasa2..untuk walk in memang dah tak dpt lagi dah. Jadi kiter rancang nak pergi balloting jer lah. Kalau dpt Bukit Panjang Senja Grand bagus lah...kalau tak dpt...ingat nak amik kat Bukit Gombak jer lah.

Lepas dah dt rumah..baru lah leh rancang pasal pernikahan biler...braper duit nak kena sediakan bla bla bla...Leceh ah ni sumer. Kalau ada orang yg uruskan kan bagus..hehehe. Dah lah sibuk dengan mengajar. Tapi takper...dpt lah pengalaman. Kalau tidak sampai biler2 pun tak tahu hal ni sumer.

OK...nak sambung semak tugasan bebudak...slamatz

Friday, July 29, 2005

Pilih-pilih rumah

Hahahaha...skrg dah kena mula membelek2 rumah idaman yang sesuai. Pada mulanya dah buat pilihan. Tapi...ada kemungkinan kita tak akan dapat pilihan kami itu. Hai..apa nak buat.Patut datang daftar hari Isnin...ni...baru hari ini pergi ke Toa Payoh HDB hub. Jadi..kami merupakan orang yang ke-1653. ADUH! Leh lupakan sahajalah nak dpt rumah tu. Hari ini sahaja orang dah mula book.

Kalau takder rezeki...terpaksa lah beli rumah cara balloting. Takper lah. Asalkan rumahnya sesuai sudah. Tapi..aku betul2 berkenan dengan rumah yg di Senja Grand tu. Walaupun rumahnya tidaklah begitu sempurna...tetapi keadaan sekelilingnya betul2 bagus. Entah lah...hari Khamis depan barulah boleh tahu apa yg akan terjadi.

Monday, July 25, 2005

Banyak kejer!

Argh! Boleh giler rasanya. Sejak kena jadi pemeriksa bagi ujian lisan ni, aku takder masa nak buat kejer2 yang lain. Ada banyak tugasan yang perlu dihabiskan tetapi aku takder masa! Habis tadi ada teman setugasku memberitahuku yang aku harus mengisi satu borang apa ntah....dan mesti dihantar pada hari Rabu ni. Mampus! Mana ada masa!!

Tugasan pelajar nak disemak....nak buat kertas ujian untuk 6 kelas. Argh bingit! Ada ujian lisan lagi 2 hari. Stres!!

Dah ah...aku nak kena sambung balik tugasan........

Sunday, July 24, 2005

Cinta berputik kembali

Jemput makan!
Sayangku dengan lamb stew nya
Yupz...kami kembali lagi!!
Semalam aku dan dia keluar untuk meraikan perhubungan kita yang telah 8 tahun lamanya. Walaupun ia lewat tapi aku rasa kita benar2 memerlukannya. Semalam merupakan sesuatu yang amat bersejarah bagi diriku. Semalam merupakan akhirnya satu mimpi buruk dan bermulanya sesuatu yang amat indah. Semalam....aku tinggalkan segalanya. Semalam...aku meneruskan kehidupan...bersama dirinya yg kusayang.

Semalam, cinta kamu berputik dan mekar kembali. Kali ini, ia tidak akan layu. Kali ini, akan kami pastikan ia sentiasa disirami kasih dan sayang sebagai baja agar cinta tetap segar. Akan kami tinggalkan segala yg telah terjadi. Pada dia, aku hanya di hati. Dan padaku, tiada yg lain melainkan dirinya.

Semalam, aku melangkahkan kakiku ke alam baru...ingin aku buktikan yg aku tabah dan rela melalui susah dan senang bersamanya. Walaupun aku khuatir pada mulanya yg peristiwa lama akan menghantuinya lagi, akan tetapi dia meyakinkanku bahawa perasaan itu sudah lenyap buat selamanya. Aku bangga. Aku bangga dengan diriku kerana sanggup menerima cintanya semula. Aku bangga dengan diriku kerana aku yakin dengan cinta ini. Aku bangga dengan dirinya kerana dia tabah menerima padahnya. Aku bangga kerana dia tidak berputus asa dengan kukuhnya cinta kita berdua.

Sekarang, kami tidak sabar ingin memulakan hidup bersama. Insya Allah...ia akan terkabul jua.

Selamat Meraikan Ulangtahun Perhubungan kami Yang ke 8, sayang.

Wednesday, July 20, 2005

SELSEMA...BATUK...

Hari ni makin teruk lakz sakit aku. Pegi kelas bawak 1 kotak tisu. Hidung tersumbat...batuk2. Nak mengajar pun susah. Jadi aku buat keputusan untuk pulang awal agar dpt berehat dan pergi ke doktor. Jadi tadi concert rehearsal for Malay Drums tak tahu lah apa jadi.

Dapat MC untuk besok. Jadi skrg tgh sibuk nak buat tugasan nak berikan kelas2 yang terjejas. Mata dah ngantuk pasal dah makan ubat tapi kena tahan jugak.

Tima kasih bebanyak cik abg sayang kerana sudi membawa saya ke doktor tadi. Skrg ni dier sedang menghabiskan karikaturnya untuk sekolah ku. Ada majlis penyampaian hadiah pada hari Sabtu dan karikatur itu akan diberikan kepada tetamu undangan kami iaitu naib pengetua kami yang akan meninggalkan sekolah kami.

Kesian tgk cik abg aku yg sorang ni. Kena bersengkang mata buat ni betul2. Takper lah. Aku betul2 menghargainya. Terima kasih daun keladi. Nanti saya belanja awak eh. heheheh.

K lah. Aku dah nak rehat ni. Mata tak tahan. Otak pun takleh fungsi. Malamz

Saturday, July 16, 2005

Aku tidak akan mengaku kalah....

Kepada kau yang merosakkan segalanya,

Setelah membaca apa yang kau tuliskan di dalam tagboard aku...aku sungguh kecewa. Kau fikir kau dapat menghancurkan hatiku apabila kau berkata begitu? Kau fikir aku akan beralah?

Setelah membaca apa yang kau tuliskan itu, aku lebih tekad untuk mengukuhkan lagi apa yang telah kubina bersamanya. Aku tahu dia bersalah...tapi...kalau tidak ada angin manakan pokok itu akan bergoyang. Bak kata pepatah orang Inggeris, it takes two hands to clap. Keadaan pada masa itu bukan satu alasan kau boleh mengambil kesempatan. Jadi jangan asyik menyalahkan dirinya.

Aku sendiri pernah ada di situ, di mana hatiku hancur akibat kata2 manis lelaki. Tetapi aku tidak pernah sibuk menuding jari...kerana aku tahu aku pun bersalah. Tuhan beri kita akal untuk apa? Jadi kita sendiri lah yang bertanggungjawab dengan kelakuan sendiri...bukan orang lain.

Ya...hatiku tetap terguris dengan apa yang dia lakukan. Mungkin lebih teruk daripada terguris. Walaupun kemaafan telah ku berikan...namun sesaat tidak dapat kulupakan. Akan tetapi...aku menggunakan setiap saat itu untuk memberikannya peluang...peluang untuk menyelami hatiku semula...menemui cintaku semula.

Cinta adalah satu pengorbanan. AKu sanggup berkorban cinta demi orang yang ku sayang. Walaupun pahit terpaksa ditelan, aku sedia untuk beralah. Itu yang aku kecewa. Kau kata kau menyayanginya...mencintainya...yang dia adalah orang yang kau cari selama ini...tapi tergamak engkau...tergamak engkau menyakitinya begini. Mengaibkannya dengan menuliskan sedemikian agar orang lain dapat tahu. Agar dia mendapat malu. Itu bukan cinta namanya...

Kau tahu...aku rela melepaskan dirinya sekiranya dia telah membuat janji kepadamu. Tapi aku tahu dia tidak menjanjikan apa2...kerana walaubagaimanapun...ikatan kami tetap wujud. Walaupun sukar untuk mempercayainya...aku tahu dia tidak memberikan janji2 kepadamu. Aku kecewa kerana kau sanggup memfitnahkannya...kau sanggup menconteng arang ke mukanya. APakah itu cinta yang kau megah2 kan?

Setelah apa yang terjadi...memang fikiran aku berkecamuk...namun sekarang ku menemui ketenangan. Kerana aku tahu...semuanya sudah tertulis olehNya...untuk menguji kita. Dan jika kita tidak melupakanNya...Dia tidak akan melupakan kita. Aku redha dengan apa yang terjadi. Dan aku bersyukur dugaan ini mengukuhkan lagi perhubungan aku dengannya.

Nasihat ku untuk kau...janganlah asyik sibuk menuding jari. Kerana 1 jari yang kau tudingkan ke arahnya itu...4 jari lagi menuding ke arah kamu. Tenangkanlah hati...rujuk kepada Illahi.

Cinta...timbul kerana keikhlasan...tidak meminta balasan...sedia membuat pengorbanan. Dan walau aral melintang...walau lautan badai menghempas dan menghancurkan...walau api membakar..aku tidak akan mengaku kalah. AKan ku bina semula segalanya walau bertahun lamanya. Kerana ku tahu...dia mencintaiku...sepenuh hatinya

Tuesday, July 12, 2005

Kaulah Segalanya

Duduk di dalam staff room. Didendangkan lagu Kaulah Segalanya oleh Hazrulnizam. Teringat akan aku pada ketika itu. Di hari jadi ku...bila dia menyanyikannya untukku.

Lagu itu merupakan kegemaranku. Namun, tidak ku sangka yang sebuah lagu boleh membawakan sesuatu yang amat mendalam. Sekarang...lagu itu mencerminkan apa yang telah terjadi.

Walaupun begitu, ia akan tetap menjadi lagu kegemaranku. Walau lirik lagunya mengingatkan aku tentang peristiwa pahit ini, ia tetap selalu dekat di dalam jiwaku.

Begitulah perasaan ku terhadapmu sekarang. Walaupun racun yang kau telah berikan...walaupun hempedu sukar bagiku telan...kau tetap akan senantiasa di ingatan.

Monday, July 11, 2005

Kehancuran...keinsafan

Bagaikan sembilu kau menusuk hatiku
Pedih tak terkata

Bagaikan pisau membelah dada
Darah mengalir tidak terkira

Aku tak kenal erti cinta
Namun kau bawaku ke sana
Malang nasibku
Kau lepaskan ku bila ku kelemasan

Acapkali kau berikan kata-kata manis
Mengkhayalkan ku
Tapi apa yang aku tidak tahu
Madu bertukar menjadi hempedu
Kemanisan yang kau berikan
Pahit yang ku telan

Kini...
Hatiku berdarah
Hatiku berkecai
Segala mimpi yang ku bina bersamamu
Hancur berderai

Titisan airmata akan terus mengalir
Mimpi buruk akan terus menghantui jiwa
Darah merah akan terus keluar
Tidak akan kering atau berparut

Kemaafan yang diberikan bukan bermakna ku lupa
Senyuman yang ku lemparkan bukan bermakna aku tidak duka

Hati ini akan terus luka berdarah
Tiada apa yang dapat mengubati luka
Kecuali Mu Ya Allah

Ya Allah
Tabahkan lah hati hambaMu ini
Melalui dugaan demi dugaan dariMu
Ubatilah lukaku
Redakanlah dukaku
Jauhkan aku dari berasa kehilangan
Kerana aku tidak keseorangan
Kau senantiasa di sisiku
Senantiasa mempamerkan Nur Mu
Agar aku tidak sesat

Ya Allah
Keringkan lah air mataku
Kerana air mata ini hanya patut dititiskan untukMu

Saturday, July 09, 2005

Kehilangan...

Dalam 1 bulan lebih ni..banyak berita sedih yg aku terima. Berita kematian sudah ada 3.

Berita ini membuatkan ku terfikir sejenak. Hargailah mereka yang kamu cintai sebelum kehilangan mereka. Kerana ajal di tangan Tuhan...bila2 masa nyawa kita boleh diambil semula. Dunia ini satu pinjaman semata-mata.

Kasihan Andy...dalam 1 bulan banyak yang terjadi ke atas dirinya. Aku harap dia tabah menghadapi ini semua. Aku akan cuba berada di sampingnya untuk memberikannya sokongan yang diperlukan.

Aku mulai terkenangkan beberapa orang yang kusayangi. Tidak sanggup aku bayangkan bagaimanakah perasaanku jika mereka hilang dari sisiku. Ia bagaikan pisau yang aku menikam2 dadaku bertubi-tubi dan lama-kelamaan boleh membuatku sendiri mati...perasaanku akan mati. Seperti pernah terjadi.

Walau bagaimanapun...aku harus redha dengan qada' dan qadarNya. Kehilangan bukan bermakna yang hidup terus berhenti hidup. Kehilangan adalah salah satu dugaan Tuhan...yang ingin menguji umatNya agar senantiasa mengingatiNya.