Thursday, June 30, 2005

Hari Graduation Kuuuuuuuuuuuuuu

Sebenarnya....acara ni amat membosankan. Tak dtg pun takper...hahaha. Asyik nak tertido jer. Tapi ok lah. Sekurang2nya mak bapak ku ni leh tgk aku naik pentas amik ijazah untuk kali kedua. Kasi mereka gembira sikit...hahaha.

Lepas keseluruhannya selesai...makan2 kat luar. Amik gambar jugak ah.

Sayangnya...si Lat, Tut ngan Ihah dah balik siang lakz. Dah tak dpt bergambar. Takper lah. Lain kali leh.

Lepas balik terus gi skolah...duduk rumah pun stres jer..nanti nenek asyik nak tanya pasal kawin jer. Boring!!

Kat skolah buat kejer sikit...kemas2...terlena skejap...hahaha...rabakz....lepas tu balik.

Balik sambung tido.

Tahun ni punya graduation boring habis....tak meriah mcm aku kat NUS dulu. Agaknya pasal dulu tu sama2 ngan sepupu aku...jadi ramai...meriah lah.

Skrg ni tgh fikir apa nak ajar besok....dah kul 12tghmlm...nak bobok cepat hari ni. Sungguh penat dan ngantuk...dan amatlah lapar...hahahaha

Image hosted by Photobucket.com

Saturday, June 25, 2005

Tak kena maka tak tahu....

Hari ni aku kena cramp lakz...bingit2!! Kalau lah aku leh hilangkan benda2 mengarutz ni...alangkah baiknya. SUsahkan aku jer. Yang bingit nya...orang lain yg tak paham...takkan paham pun ada...pandai2 buat andaian. Suka hati ah...tak kena maka tak tahu. Kalau kena pun mungkin lain...jadik tetap tak tahu.

Aku rasa mcm dah serik ah...serik nak biarkan pintu hati ni terbuka lagi. Serik pasal setiap kali ia terbuka...ia mudah dilukai. Dan aku dah serik dilukai. Daripada A ke R ke H ke apa2 lagi huruf yang boleh difikirkan...semuanya melukai.

Aku rela hidup menyepi daripada dengan seseorang tapi tetap kesepian. Sekurang-kurangnya aku tahu...yang tiada siapa yang berada di samping ku...daripada ada seseorang di sisi tapi dia tiada di saat yang diperlukan.

Kepada A...kau menjemputku ke dalam dirimu...kau membukakan pintu hatiku...namun...setelah ku mencintaimu sepenuh hatiku...kau biarkan aku lemas...kau lukai hatiku...kau hancurkan harapanku.

Kepada R...memanglah pada mulanya semuanya indah....tapi setelah kau membuatku menyayangimu...kau musnahkan segala harapan yang kau sendiri ingin ku bina bersama mu. Namun aku pasrah...kerana ku tahu mmg kita tidak akan bersama.

Kepada H...kau berikan ku secebis harapan. Kau menunjukkan kepada ku kebaikan seorang lelaki...akan tetapi...keadaan tidak membenarkan. Dan aku sendiri lagi.

Kepada I...kau datang memberikan sinaran kepada hidupku. Namun, kau juga yang menggelapkan suasana ku. Kau juga yang menghancurkan segala. Kau juga yang mematikan ku. Sehingga sinaran itu menjadi kekelam-kelaman....membuatku berhenti berharap.

Kepada huruf2 lain...kau bagaikan panahan kilat...yang menyambar sementara...untuk menghancurkan segala...dan pergi tanpa kata

Sekarang hatiku berparut...luka lama ada yang berdarah kembali...ada juga luka2 baru...ada yang dalam sehingga darah melimpah ruah...ada yang bagaikan calar-balar sahaja...bilakah agaknya hatiku kan pulih...siapakah gerangan yang akan merawat lukaku ini?

Friday, June 24, 2005

Tak suka!!

Hari ni pasal PMS aku rasa mcm siak sikit. Marah2...sedih2....kesunyian...memerlukan seseorang. argh!! Tak suka...tak suka!!!

Tadi aku bingit ngan Azriana ngan Redha pasal dorang tukar rancangan pada saat-saat akhir....abih pasal tu aku pun lambat jumpa members aku kat Boon Lay interchange. Takder teksi buat aku makin bingit..kena susahkan Andy lagik membingitkan. So aku bingit habis ah. Tapi lepas tu...aku cool down sikit.

Biler Andy antar aku gi skolah....aku tanya dia nak aku temankan dier gi hospital tak hari ni. Semalam bapak dier kena serangan jantung...abis semalam dier nak aku ikut. Hari ni dier tak nak. Hah! Mesti ada apa2....slalu nak aku ikut. Oh rupa2nya ada sepupu dier si Fiza tu...patut ah. Biasa ah...dier kalau dah ada members....aku pun dier tak heran. Abih aku bingit ah lagik....biler takder org dier carik aku...biler ada org...dier takder aku pun takper.....sakit siak hati.

Aku rasa hati sakit giler pun pasal PMS ni ah..bingit ah!! Tak suka!! Tak suka!!!

Sekarang aku betul2 rasa PMS ni dah membuat aku bingit marah sedih dalam satu masa. Skrg mcm nak nangis seh...tak tahu naper tapi nak nangis ah........mcm nak kuar jer tapi tak tahu ke mana. Sungguh kesunyian...sungguh memerlukan.....AKU TAK SUKA PMS!!!!!!!

Wednesday, June 15, 2005

Kau tunaskan harapan, kau hancurkan impian...

Tadi semasa kat ITE Simei tu....teringatkan kisah kawanku...tiba-tiba jer terus terkeluar lah perkataan-perkataan ni dalam benak fikiran "Kau tunaskan harapan, kau hancurkan impian"

Ini mengisahkan seorang gadis yang diberikan sebuah harapan oleh seorang jejaka. Namun begitu, setelah gadis itu jatuh cinta kepadanya, jejaka itu menghancurkan segala impian kerana cinta itu tidak terbalas. Kisah cinta ini menyayat hati kerana walaupun segala harapan gadis itu hancur, dia tetap menantikan saat di mana cinta itu akan berputik di dalam hati jejaka tersebut. Nantikan kisahnya......

Hahahah...amacam? Macam sipnosis sebuah novel atau cerpen tak?? Heheheheh.....Dah lama jugak tak tulis cerpen. Tapi dah 25 tahun ni tulis cerita cinta2 dah mcm tak sesuai. Mungkin ini boleh menjadi satu detik permulaan bagiku untuk menulis semula?? Nantikan...........

Sunday, June 12, 2005

Akan ku sematkan di dalam hatiku

AKu terbaca salah satu cerpen yang terdapat dalam buku Projek X yang aku beli dari Prof Hadijah. Di dalamnya terselit satu sajak indah khas buat guru-guru. Tajuknya adalah "Sumbu Pelita" hasil Masuri S.N.

SUMBU PELITA
Masuri S.N.


Menyala terang memanchar seri
Di-tengah gelap sunyi nan sepi
Sumbu pelita tegak berdiri
Segar gagah menabor bakti

Hitam hanchor menjadi abu
Di-serang api saban ketika
Yakin tujuan sa-penoh kalbu
Hidup mati-nya menabor jasa

Walau jasad-nya lebor binasa
Namun bakti-nya kekal terkenang
Biar diri-nya malang kechewa
Asal yang lain terang benderang

Ini-lah lukisan sumbu pelita
Tiada gentar dengan derita
Berani korban sudi sengsara
Untok menchapai chita mulia



Selepas membaca sajak ini....terharu rasanya di hati. Begitu mulianya pengorbanan seorang guru; sanggup membakar diri demi memberikan cahaya agar yang lain tidak berada di dalam kegelapan. Begitu lah pengorbanan setiap insan yang bernama guru...terima kasih guru kerana sanggup memberikan aku sinaran cahayamu agar aku tidak terus terperangkap dalam gelita. Dengan ini, akan ku teruskan perjuangan mu; memberikan sinaran cahaya yang telah kamu turunkan kepada ku kepada insan yang lain.

Akan aku senantiasa mengingati sajak ini. Akan aku sematkan di dalam hati. Setiap kali aku patah hati...akan ku tatap sajak ini. Agar aku tidak patah semangat...dalam melakukan apa yang aku cintai.

Thursday, June 09, 2005

Penawar hati luka

Tadi gi East Coast...rasa mcm nak gi berenang lak. Smalam dah gi gym. Yelah...nak kena werk out sikit...badan dah makan naik ni.

Tadi gi ngan si dier. Ya...perhubungan kami semakin baik. Melihat kesungguhan dan keikhlasannya membuatku rasa bahawa dia patut diberi peluang sekali lagi. Namun begitu, aku telahpun memberitahunya yang dia harus sabar menanti tika dan saat di mana perasaan ku kepadanya akan timbul semula. Buat masa ni....ia masih belum dapat tersulam.

Mungkin satu hari nanti, perasaan itu akan timbul semula. Mungkin keikhlasannya itu akan membuka hatiku untuk mencintainya semula. Mungkin...mungkin

BUat masa skrg...aku akan membukakan peluang untuknya mengubati hatiku yang luka.

Saturday, June 04, 2005

dah pun 25

dah 25 tahun pun aku. Hari jadi ku diraikan dengan luarbiasa sekali....hehehe. Tengah hari tu...murid2 ku, Arep, Salihin, Nizam & Khai, dtg dan mereka gi menyanyikan lagu hari lahir di depan rumah aku. Hahahah....paiseh skejap...tapi dey r soooo sweet!!

Lepas tu ptg kluar picnin ngan Andy. Mula2 rasa berat hati...tapi aku enjoy jugak lah.

Balik adik aku Iliza kasi aku present. Cute lah sgt. Cawan kucing dgn tempat letak HP kucing. Aku kan giler kucing.

Dah pun naik lagik satu tahun umur ku. Tapi takper...org ckp aku tak mcam 25...hehehe.

Untuk hari lahir tahun ni...aku harapkan kebahagiaan untuk diriku. Aku betul2 harapkan yang satu hari nanti...aku akan dapat menjumpai kebahagiaan itu. Ya Allah...semoga Kau melindungi ku hamba Mu yang lemah ini dan bimbinglah ku ke jalan yang Kau redhai. Amin.

Thursday, June 02, 2005

Selamat Hari Jadi!!

SELAMAT HARI JADI...SELAMAT HARI JADI....SELAMAT HARI JADIIII UNTUKKUUUU...SELAMAT HARI JADIIIIII!!

Dah 25 tahun aku ni. Hmmm....tadi ada lah bebudak aku msg ckp Happy Birthday. None pun ada call...so touched. Sebenarnya, hari lahir tahun ni mcm tahun2 yang sebelumnya. Tak ghairah...tak hepi....sumer tak. Tak tahulah kenapa.

Dulu aku ada kata....bila dah 25 tahun mesti kawin. Kalau tak kawin aku akan carik orang lain yang sanggup nak kawin dengan aku. SKrg dah 25...tak kawin jugak. Hahahaha. Dan aku sedar yang aku tak nak kawin 25tahun. Skrg....kalau kawin2 lah..kalau tak tak. Hahahhahah

25 tahun baru nak mulakan pekerjaan. Selama ni jadik penuntut. Kesian seh. Orang banyak 25 tahun dah ada family...dah kawin dah successful pun ada. Sedih.

Takperlah. skrg aku tak nak lah nak fikir apa2...skrg aku nak berikan tumpuan kepada karier ku. Nak kumpul duit lagik...hehehe. HIDUP NANY!!