Thursday, September 29, 2005

Aduuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhh

Sakitnya perut!!
Kena senggugut!!
Macam nak tercabut
pinggang dan lutut!!

Aduuuuuhhhh!!
Tak boleh diri
Bagai ditikam duri
Rasa mcm nak mati

Aduuuuuhhhh!!
Mak...tolong mak!!
Perut sakit tak teragak!!
Rasa mcm nak terberanak!!
Tolong aku sekarang jugak!!

Aduuuuhhhh!!

Sunday, September 25, 2005

Kenapa???

AKu memang slalu ada masalah kalau masa2 camni. Masalah tak dpt mengawal emosi. Tapi selalunya...ia tidaklah seteruk sekarang. AKu rasa...sejak2 aku dah mula mengajar ni...aku sukar mengawal emosi aku. Kadang2 marah..kadang2 sedih dan menangis...sigh.

Aku bersyukur yang aku ada si dia di sisi setiap kali ku memerlukan. Tapi kadangkala...aku rasa aku ni seumpama beban kepadanya. Dan kadang2 tu dia akan beritahu yg aku ni menyusahkannya. Dan masa2 itulah aku rasa kesepian..keseorangan. Kadangkala tu...aku akan diam seribu bahasa agar tidak menyusahkan dirinya. Apa yg kurasa aku simpan dalam hatiku. Biarlah ia membebankan aku sahaja.

Kawanku pun ada melaluinya. Dia mengatakan yang dia mula jadi begini sejak mengajar. Dan ia jadi sungguh tidak terkawal sehingga harus berjumpa doktor. Aku pun ada fikir yang aku hendak jumpa doktor. Entahlah. Si dia pun jarang memahami aku. Kalau aku menangis, dia akan sibuk tertanya-tanya. Dan kalau aku diam...dia akan jadi marah. Dia tak akan faham. Ke dia tak mahu faham? Entahlah. AKu sendiri pun tak tahu mengapa aku menangis..camna nak jelaskan....?!!

Aku harap yang aku dapat menangani masalah ini...sendiri atau dengan bantuan org yg ku cinta.

Thursday, September 22, 2005

Ngantuknya....

Kat dalam staff room sedang menunggu budak 2NT aku habis buat survey. Baru makan...sebab tu lah ngantuk. Dah mcm ular pulak aku ni. Nanti untuk kelas 3N aku ada pemantauan oleh HOD aku. Smalam tidur lambat psl nak siapkan bahan2 pengajaran. Sebab tu ngantuk habis. Harap2 suma akan berjalan dengan lancar.

Semalam patutnya nak pegi Geylang pasal nak tgk photoshoot kumpulan nasyid ni. Oh ya! Si Dia telah ditawarkan untuk membuat album cover bagi dua artis tempatan kita. Satu yang kumpulan nasyid tu lah...lagik satu penyanyi nama Imran. Dah dengar lagu mereka. Sedap habis....menangkap dan menusuk kalbu. Kalau album dah keluar nanti akan ku beli.

Abang Zag tu ada katakan yang dia ada lagi banyak projek yang boleh diberikan kepada tunangku ni...kalau dia serasi lah. Wah! Ini bermakna dia akan makin sibuk lah. Dah tak leh slack2 lagik...kena kerja keras. Tapi aku bangga...akhirnya..apa yang telah aku gambarkan terjadi juga. Hasil karyanya diberi pengiktirafan yang sewajarnya. Aku harap mentari selepas hujan ini akan terus memberikan sinarannya. Terima kasih abang MG diatas peluang ini.

Aduh..ngantuknyaaaaa.....mungkin aku leh lelapkan mata sekejap. Rehat untuk kelas 3Na nanti.....

Monday, September 19, 2005

Sakit gigi

Sakit gigi...gusi bengkak...terpaksa MC. Skrg dah ok lepas jumpa doktor gigi. Nak buat kejer skolah lakz...

Saturday, September 17, 2005

Menghargai sesuatu yang hilang

Lumrah manusia...
Menghargai sesuatu
Hanya setelah ia hilang di mata
Meratap pilu
Merintih sayu

Suatu ketika dulu
Itulah perasaanku
Hilang bila kuperlumu
Sepi bila kedahagakan kasihmu

Namun
Bila aku pula yang tiada
Kau mencacah mencariku
Kerana kau memerlukanku
Beginikah sepatutnya?

Ketika ku mula pasrah
Lalu ku menumpang kebahagiaan orang lain
Kerana ku kesepian
Aku....memerlukan

Saat itulah kau meminta
Aku kembali di sisimu
Berjanji...bersumpah setia
Kasihku akan kau hargai selalu

Malangnya setelah bunga cinta berputik semula
Perasaan sepi menghantui jiwa
Memang betul apa yang dikata
Kita hanya menghargai sesuatu
Pabila ia hilang dari mata

-Rienaz Ali, 170905-

Friday, September 16, 2005

Lapar

AKu dah penat balik....takder makan.....LAPAR GILER......bingit!!!

Thursday, September 15, 2005

Drama

Drama 1

Aku bukan main mengamuk dengan bebudak 2T. Padan muka dorang. Tak pernah tgk kan aku marah betul2...ni kali...terkejung jap dorang. Baru dorang tahu saper chong dalam kelas tu! Ada budak ni leh tunjukkan jari hantu dier kat depan muka aku....peng siak. Habislah dier kena atas bawah. Kena tengking betul2 depan muka dia jugak. Yang lain tercengang siak. Terus sumer senyap. Time relief....sumer tak buat bising. Bagus...bagus

Drama 2

Ada budak ni main tuduh2 aku sembarang. Tak tahu citer jgnlah tuduh. Geram siak. Yg lain lakz...tak tahu citer nak jaga tepi kain orang. Ngarutz.

Wednesday, September 14, 2005

Tanpa dirimu...

Hari ni kelas 3N berjalan lancar. Mungkin kerana Nuraini ada di dalam. Hari pertama tanpa muridku yang satu ni. Panjang ceritanya...kalau dipendekkan...aku ngan dier dah tak serasi lagi akibat masalah2 tertentu. Pelajar2 lain takder rasa kehilangan kecuali yang satu ni. Dia tak habis2 meminta aku mengambil si dikni semula. Tapi aku tidak akan berganjak. Lagipun, ini juga atas kehendak diri si dikni. Alah! Lagi 3 minggu sahaja.

Pukul 3 ptg baru aku pulang. Dah lambat pergi tusyen. Dapat ajar 1 jam sahaja kerana dia ada kelas mengaji pada pukul 5. Penat betul lah nak ajar tusyen ni. Kalau seminggu sekali tidak mengapa...ni 2 kali seminggu. Pada awalnya aku hendak berikan tugasan ini kepada Azriana, tetapi ibu pelajar ni tidak mahu adakan tusyen untuk anaknya. Kemudian pada cuti sekolah minggu lalu dia minta balik pula. Masa tu dah tidak boleh berikan kepada Az lah...kerana dia akan berangkat ke Thailand. Terpaksa lah aku ambil.

Lepas pulang ke rumah...terus tidur. Baru tersedar sekarang!!! Nasib baik semua persiapan sudah dibuat. Cuma perlu menyemak tugasan pelajar sahaja. Si dia ni pun tidur belum bangun2. Katanya nak ajar keluar makan...aku dah kelaparan habis ni pasal ibuku tidak masak dan tadi hendak beli makan tidak bawa beg duit pula. Nampaknya...setakat alas perut dengan Yakult aku sahajalah.

Tuesday, September 13, 2005

Di sekolah......hari kedua

Dah pun buka sekolah......hari pertama....bukan main susah nak bangun. Dah lah tu...ngantuk kat skolah. Ada 4 kelas kesemuanya.

Untuk 2N aku buat balik surat kiriman rasmi dengan dorang.....dorang punya..hancur lebur. Suruh buat lain...dorang buat lain. Macamana nak lulus camni...risau betul aku.

Untuk 3T aku buat kefahaman jer...pasal aku tak tahu apa nak ajar dorang untuk 30min.

Untuk 3E, aku kenalkan dorang dengan sajak. Suka bebudak. Aku bacakan salah satu sajak aku. Tak sangka dorang suka. Nanti hari Khamis aku nak bawa dorang ke Kolam Koi tu buat Bengkel Puisi mini.

Untuk 1E...sepatutnya nak ajar kefahaman tentang pantang larang....tapi Mis kata ajar karangan berformat. Aku pun setuju jugak pasal kalau tak nanti untuk peperiksaan dorang tak tahu formatnya.

Balik skolah siang....tapi tak tido lakz. Malam jumpa dia.

Tadi aku ada 2N ngan 3T jer. 2N aku buat surat kiriman rasmi lakz. 3T aku buat Kata Penguat ngan dorang.

Skrg leh lah aku sambung balik semak kerja murid2 ni.....

Petang ada tusyen...skrg aku dah ajar bahasa Melayu kat budak darjah 4 ni. 2 kali seminggu...boleh lah. Tambah duit untuk kawin..khekhe.

Lepas tu aku jumpa Nong nak gi Jurong Point.......yahooooooooo

Sunday, September 11, 2005

Citer-citer

Hari Selasa ngan Rabu tak buat banyak semakan. Mampus aku....biler nak habis ni!!!!

Hari Khamis aku pegi East Coast berkelah dengan si dia. Dah lama seh tak berehat dan bersantai camni. Dia asyik kejer...duduk kat skolah 24jam. Aku ni asyik dengan semakan aku jer. Gerek jugak bersantai ni...tapi malam adik aku telefon. Aaron..matair adik aku Liza kena kemalangan. Teruk katanya.

Jadi kiter pun bergegas lah ke sana. Teruk jugak seh. Banyak yang patah. Tulang belakang, tulang bahu, tulang kaki...tulang pelvic. Aduh! Mesti sakit. Tgk dier kejung kat situ..kesian seh. Takleh bergerak langsung. Mesti boring.

Dapat tahu ada satu pick up langgar ngan dier. Sampai tercampak jauh budak ni. Dah lah dier kedengkik....mana tak patah tulang belulang.

Kesian betul..baru mula kejer ngan Pizza Hut...dah kemalangan.

Harap2 dier cepat sembuh lah kan.

Hari Jumaat lakz aku ada kuliah kat Suntech...pasal mengajar dengan menggunakan humor. Gerek gak kuliah dier. Jumpa kengkawan ku Ihah, Nong, Noni dan Hisham.

Lepas tu gi jalan2 japz ngan Nuraini sebelum si dia datang amik aku. Kiter tros gi hospital tgk Aaron lagik. Dah baik sikit lah...dah leh makan. Tapi memang masih lom leh gerak lah. Adik aku kat situ kasi dier makan. Kesian dier.

Balik dalam pukul 10 gitu.

Hari ni lakz aku ada kenduri arwah kat rumah Mak Usu. Arwah datuk aku. Pergi jer lah kan. Dah lama tak pergi jumpa sedara....maklumlah dah sibuk sangat ni. Makanan banyak...sampai skrg perut senak...khakha. Sedara aku dari Malaysia pun ada. Jumpa lah anak2 sedara aku yg kiut miut jugak...si Shaqil, Shaqila, Iezaz, Fifi, Iynara.....

Lepas tu, keinginan nak timang cahaya mata pun bertambah lah kuat. KHekhekhe.....insya Allah dah nikah bulan Disember ni...aku ngan dier cadang nak cepat2 ada anak. Yay! Harap Tuhan kabulkan lah harapan kami.

K nak tido...nanti bangun nak buat lagi banyak semakan. Lepas tu nak gi perpustakaan baru tu dengan dia sekeluarga. Slamatz!!

Monday, September 05, 2005

Hari Cuti yang ke-3

Hari ni dapat semak 1 kelas punya kefahaman dengan 1 kelas punya karangan. Kalau camni...nampaknya...tak akan habis lah tugasan yang perlu disemak.

Tadi ajar salah seorang pelajar aku yang hendakkan tusyen dalam masa2 yang suntuk ni. N levels dah mula baru nak mintak ajar. Cekik darah betul lah bebudak ni. Tapi takper...dier nak punya pasal...aku sanggup.

Semalam pun aku turun tempat sama untuk periksa kertas kerja pelajar aku lagik satu. Tu lagik....esoknya nak ujian...hari tu baru nak suruh semak. Macam2 betul lah perangai.

Tapi kan...dah lama tak turun ajar bebudak ni tusyen...gerek jugak. Dapatlah habiskan masa buat sesuatu yang berfaedah. Daripada duduk kat rumah....semak2...lepas tu penat tido.

Besok pulak aku ada ajar tusyen kat daerah Bukit Panjang punya...kali ni bukan free lah...khekehke. Mana leh free sumer...nak carik makan.

Semalam aku ngan dier hajat nak gi Comex kat SUntech..tapi akhirnya tukar rancangan. Kita gi makan malam kat Clementi pasal makcik aku punya hari jadi. Lepas tu....aku ngan dier gi IMM...dah lama tak jalan sana. Pegi Daiso...habislah...beli macam2. Lepas tu gi tgk2 perabot...aku nampak ni katil sangat cantik dan memang telah menjadi idaman sejak dari remaja lagik. Keinginan yang sangat kuat membuatkan aku macam nak letakkan duit downpayment jer....tapi si dier cakap jgn buru2...nanti ada lagik. Oklah........lagipun...rumah pun belum dapat lagik...khakhakha.

Camna eh...rumah lom dpt ni. Tak nak beli rumah resale ah...nak beli rumah baru. Tapi kalau rumah baru...Bukit Panjang ngan Bukit Gombak dah takder lagik....skarang balloting pun...kat Queenstown, Geylang, Toa Payoh...jauh beb!!!

Harap2 balloting lagik satu tempat yang sesuai sikit.

Saturday, September 03, 2005

Dance Reflections 2005

Image hosted by Photobucket.com

Selamat Hari Jadi Iynara!!

Hari ini adalah Hari Jadi Iynara! Auntie Is nak ucapkan Selamat Hari Jadi yang pertama buat Iynara Syaraufairah! Semoga bertambah sihat lagi.

Untuk meraikan hari lahirnya, sanak saudara kami akan mengadakan jamuan barbeku di Pantai Changi. Pukul 3 nanti sepupuku akan mengambil kami dengan vannya.

Mula2 tu rasa mcm tak nak pegi...maklumlah...tak belikan hadiah pun. Lepas tu penat semacam. Tapi takper lah. Pegi jer lah. Dah lama pun tak jumpa mereka.

Si Dia tu ada latihan kano...lupa lakz di mana. Untuk dua hari lakz tu. Kemudian dari Isnin hingga Rabu dier ada NPCC. Nampaknya untuk cuti skolah ni tak dpt lah nak pegi cuti mana2. Mungkin ke pantai jer lah. Susah jugak lah kalau dlm Pasukan Berseragam. Cuti sekolah takder masa lapang pun. Ada aja aktiviti atau kem yang diadakan.

Takperlah. Asalkan dia bahagia. Aku leh lah habiskan semakan kertas kerja bebudak ni. Kwang kwang kwang.

Thursday, September 01, 2005

Slamat Hari Guru

Slamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru-guru saya yang telah mengajar saya. Saya telah mempelajari tentang banyak perkara, baik dalam bidang akademik dan juga tentang kehidupan. Guru, tanpa dirimu, aku bagaikan kamar yang gelap tanpa cahaya. Kau bagaikan cahaya pelita....yang sanggup membakar diri demi memberikan cahaya kepada orang lain. Terima kasih guru. Akan ku teruskan perjuangan mu ini....